Saturday, October 30, 2010

sweet memory with my frens & classmate @ mapesa

Hi all..
Dua tiga hari nie, saya tak berapa sihat..fever+flu. Geram betul, serba tak selesa.Baru petang ni ada ok ckit.Dahla ada mesyuarat staf kat sekolah tadi, hidung pula rasa tersumbat.Aduiii memang menyeksakan.Nak jalan2 pun takde mood.
Hmmm, tetiba jer terjumpa pic2 with kawan2 kat maktab dulu kat my pictures. Rindu juga dengan diaorang.
With my best freinds cka,lida,jijah... & my classmate...dinner @ Grand Palace hotel.Enjoyed sangat time nie. Kenangan yang teramat manis bila dapat jadi 'Queen of the nite' time ni. Sebenarnya semua lawa2..coz melaram sakan.heheheh..rindu sangat body time nie.Selalu berempat..shopping sama2,pernah beli baju yang sama,sampai ada kawan kata buy 1,free 3,makan kat kafe sama2 & time nak berjimat masak with rice cooker(macam2 kenangan manis with u all)
Malam bakal graduan @ Dynasty hotel...best sangat semua sama batch ikut dinner masa nie.With lida & Yek.Agak seksi ya..melaram mmg no.1 dulu
 @ kafeteria mapesa...jijah,cka,rin,lida & yek. Semua comel2 jer time nie.Owes be happy...
Haaa..ni pula my classmates photo...cuba cari mana saya.Mentor class kami memang cute dan baik hati :).

note: Sekarang nie jumpa kat FB saja lah.Moga u all sentiasa sukses dan jangan lupa kawan ya..
nak juga abadikan sedikit kenangan kat teratak buruk saya nie...

Wednesday, October 27, 2010

5 Tip dan Info

Hi all..
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu? Sebenarnya banyak yang perlu dipelajari mereka yang 'bergiat' didapur, bukan sahaja untuk menghasilkan hidangan yang enak, tetapi juga memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga atau pelanggan.
Baca lima tip dan info ini untuk menambah ilmu kita semua.
Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.
Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.
Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu.
Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan. Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.
Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.
Kismis hitam baik untuk otak.
Kismis
Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

* sharing is caring, right?ok,babaiii...
sumber:sajionline

Monday, October 25, 2010

Inilah Wajah Bayi Nana XFM, Althea!

23 OKT 2010: Pada pagi Khamis yang lalu, seluruh peminat setia penyampai radio XFM, Norhana Che Mahazan atau Nana menerima berita gembira bahawa Nana sudah pun selamat melahirkan bayi comel yang bernama Althea Raqeem Brian.

Bagaimanapun, Murai Batu dapat tahu, ramai sangat yang teruja untuk melihat wajah bayi Althea itu walaupun Murai Batu dah pun diberitahu Nana bahawa mahu menyiarkan gambar baby sulungnya itu secara rasmi di dalam blognya.

Nak tengok tak gambar baby Althea yang dilahirkan secara normal di Hoospital Sunway dengan beratnya mencecah 2.71 kilogram?

Kalau nak tengok, inilah dia wajah comel anak Nana bersama suaminya Raqeem Brian. Memang benarlah kata-kata kawan-kawan Nana bahawa anak Nana itu sangat comel. Namun, mengikut penglihatan Murai Batu, wajah Althea saling tidak tumpah seperti wajah Brian.

Macam mana pun, bak kat orang, masih baru lagi. Wajah bayi boleh berubah. Yang penting, mungkin sekarang banyak orang kata muka Althea mirip bapanya..esok lusa, wajah Althea mesti macam Nana pulak.

Paling penting, bayi Althea memang comel. Dan sehingga ke hari ini, Murai Batu dimaklumkan Nana asyik tersenyum lebar melihat kelahiran bayi sulungnya itu

***suka nama Althea .Cute sangat kan.

sumber:murai.com

Sunday, October 24, 2010

trip 2 Niah Caves National Park

Hi all...
Yesterday 23/10/10 joined husband & bsn staf went to Niah Caves National Park.
The vast caverns of Niah Caves National Park (admission RM10; park office 8am-5pm) are among Borneo’s most incredible natural attractions. Located in the limestone hills about 3km north of Batu Niah town, the caves contain some of the oldest evidence of human habitation in Southeast Asia; rock art and small canoe-like coffins (death ships) within the greenish walls of the Painted Cave indicate that it was once a burial ground, and carbon dating puts the oldest relics back 40,000 years ago
The caves are 3.5km away from the park headquarters via a wonderful plankwalk through old-growth rainforest. First, we walk from the headquarters to the jetty on the Sungai Niah, then cross the river in a small boat, before climbing to a small visitors centre
* A long boardwalk through the jungle leads the tourists to them.We don't see much wildlife,but the jungle with all its noises keeps fascinating us.
* we reach the place where local villagers sell souvenirs, pass through the gate and climb up to the caves.

*we  pass under a limestone overhang before entering the aptly named Great Cave.
*through a dark passage known as the Gan Kira, or Moon Cave. It’s not narrow enough to induce claustrophobia (unless you’re severely affected), but it will certainly make we wonder what would happen if our torch suddenly died. :)
*A huge cave complex appears and once inside, it gets pretty dark. With our flashlight we see the bas hanging from the ceiling, and the bird nests with some of the birds still on them. We also see the tall constructions used by the locals to harvest the bird nests:)
*On the other end of the caves, we arrive in another piece of jungle, where boardwalks are leading us to the caves where rock paintings are found. But we cannot see much of these paintings, they are very vague and a large fence is keeping us at a distance. So it's back to the big cave and through the jungle to the Park head quarters.

*At the entrance to the park is a small museum about the Niah caves. It shows the excavations made in the caves.
*Niah Caves national Park is a lovely place to enjoy the jungle and the caves
*enjoyed journey ya!!!!!!

Thursday, October 21, 2010

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

Lemak, manis dan berkrim...tentu sedap, tetapi awas...!
Pernahkah anda membuat ujian untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah? Jika jawapan anda, "Tidak perlu kerana saya kurus," maka anda tersilap. Gemuk atau kurus tidak mencerminkan tahap sebenar kolesterol dalam darah. Seorang yang kurus atau tidak menghadapi masalah berat badan mungkin mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi dalam darahnya berbanding rakannya yang gemuk. Sebab itu, jangan terkejut jika seorang yang tidak gemuk juga, boleh diserang strok atau menghidapi sakit jantung (walaupun golongan obes lebih berisiko tinggi).
Perhatikan perubahan bentuk badan, terutama di bahagian perut dan tengah badan

Info Ringkas:

* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.


* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.

:) Suka share dengan u all info2 makanan dan tentang kesihatan.Ini kerana tubuh badan yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Orang yang ceria itu juga, orang sihat fizikal dan mindanya.
sumber:sajionline

Tuesday, October 19, 2010

colouring book time

Hi all
Entry about shane n qeisha with the new colouring book.
aloooo....shane n qeisha with a colouring book.Big Rabbit & Big Cat.
very cute design ya 
Suka tengok dua orang buah hati sibuk mewarna dan layan colouring book yang comel tu.Shane mewarna dengan tekun, si adik asyik tukar2 colour pencil. Adik belum pandai mewarna lagi,main conteng2 jer.
good,good...shane dah pandai pegang pensel & boleh mewarna.Mommy suruh ikut warna di sebelah buku, shane tak nak.Dia nak pilih colour sendiri.Mewarna tak sampai siap ya, asyik tukar2 jer gambar yang nak diwarna. It's ok..dia warna tak keluar garis, dah membuatkan mommy lega.Kira ok la tu, baru 3 years 2 months kan
Haaaa...si adik ni asyik belek2 buku dan conteng2...mulut dia berceloteh sebut gambar2 yang ada dalam buku tu. Tengok butterfly pic teriak "mommy2,butterfly!!!!"
Suka sharp2 colour pencils, sampai kena marah oleh si abang.alahai si adik tomel sayang..

ok...that's all 4 today...babaiiiii

Monday, October 18, 2010

"Blogger tegar perlukan domain by tentangikram[dot]com

tq so much 2 mialiana coz dah tagged saya.
Saya pun tak nak lepaskan peluang dapatkan domain.com secara percuma walaupun saat akhir yang dianjurkan oleh  ikram

Antara syarat2nya:
1. Warganegara Malaysia
-Sudah semestinya
2. Kena jadi follower
-dah follow dah
3.letak banner contest di dalam entri contrak
-dah, kat atas tu
4.link kan entry ini dalam entry anda
-beres
5. nyatakan domain yang anda kehendaki
-mumyshaneqeisha.com
6. tag 2 org rakan anda

tarikh tutup esok la..harap rakan yang kena tagged sempat buat...

Saturday, October 16, 2010

Pankek Istimewa

Hi all, breakfast apa hari ini?Ada tak yang breakfast pankek?
Tetiba jer mood rajin pagi tadi nak buat pankek. Bahan2 memang dah ada cumanya fresh milk jer takde, cepat2 saya beli kat supermarket yang dekat je dari rumah.Lepas tu bermula la usaha saya membuat pankek istimewa yang simple. Semua ibu2 di luar sana saya rasa semua dapat buat.
Dulu2 saya malas nak buat pankek cos belum ada kuali yang sesuai. Sekarang ni dah ada my Hard Anodized Wok ni, semangat ckit la masak.Cian my BFF dulu buat pankek kat umah saya guna kuali yang tak sesuai dan melekat.
Bahan2:(versi mumyshaneqeisha ya, u all boleh modify sendiri ikut kesukaan ya)
* 1 cawan tepung
* 1 biji telur
* 1 setengah cawan fresh milk
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu teh garam
* sedikit mentega
Cara membuatnya:
1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan seketika untuk melembutkan adunan.
2. Panaskan kuali. Seelok-eloknya gunakan kuali leper tidak melekat.
3. Tuangkan adunan seperti membuat lempeng.
4. Biarkan seketika sehingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Tadaaaa....siap dah pankek saya. Boleh dimakan bersama honey,strawberi atau mengikut cita rasa sendiri.Sila ignore rupanya yang tak seberapa itu ya.
Emmm enaknya pankek mommy.....inilah rupa hero dan heroin saya melayan pankek pagi tadi. Walaupun simple, tetap istimewa bagi saya, cos saya menyedia dan memasaknya dengan penuh kasih sayang. Si daddy balik kampung semalam cos ada saudara sekampung meninggal,so takde la breakfast sama2 tadi.Esok baru balik...takpe next time mommy buat lagi ya.
That's all...babaiiii 

Friday, October 15, 2010

Cerita tentang susu

Hi everyone.. Nak sharing lagi dengan u all cerita tentang susu lembu yang saya baca kat pa&ma.
Susu ibu tidak ada tolok bandingnya dan memang dicipta khas untuk bayi.Tapi, kali ini bukan nak cerita tentang susu ibu.Sebaliknya tentang susu lembu.
*Susu datangnya dari lembu tenusu. Ibu lembu hasilkan susu selepas melahirkan anaknya. Sama seperti manusia. Lembu yang sihat boleh menghasilkan 1200 gelen susu setahun iaitu kira2 3 hingga 4 gelen sehari.

Bagaimanakah susu diambil?
* Susu lembu diperah dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang. Selepas diperah, susu akan disimpan di dalam bekas yang bersih daripada sebarang kekotoran. Susu kemudiannya dihantar ke kilang untuk diproses. Susu segar mengandungi kira-kira 87% air dan 13% nutrien seperti gula,lemak,protein,kalsium,fosforus dan sebagainya.
Apakah yang boleh dihasilkan daripada susu lembu?
*Banyak.Antaranya ialah susu segar,susu formula,krim,keju dan dadih. Tahukah anda bahawa susu adalah minuman paling bagus untu kanak-kanak kerana mengandungi 9 jenis nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.9 nutrien itu ialah kalsium,protein,potassium,fosforus,vitamin A,D dan B12, riboflavin dan niasin.

note: Selain susu ibu dan susu lembu,ada juga susu soya. Namun begitu, breast feeding adalah terbaik buat bayi kita.

Wednesday, October 13, 2010

Menu sarapan anak tersayang

Terjumpa info ni kat sajionline..nak share juga dengan rakan ibu2 semua ya...
pic di atas si manja saya yang amat disayangi..
Berikan anak anda sarapan yang berkhasiat supaya mereka dapat memberi tumpuan penuh terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti
Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral
Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju
Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin
Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

*kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan, supaya mereka membesar dengan sihat,cergas,cerdas dan bijak..babaiiii nak bw pula, melawat rakan2 blogger yg cunn
sumber:saji.online

Monday, October 11, 2010

Gemilangnya Wedding Of The Century Dr SMS

11 OKT 2010: Dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan dari kalangan golongan Diraja, orang kenamaan termasuklah 80 orang angkasawan daripada seluruh dunia, majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dengan Dr Halima Mohd Yunos telah berlangsung dalam suasana yang penuh gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada malam tadi.


Bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengenakan persalinan putih rekaan Putra yang cukup menarik dan anggun daripada Butik Cosry sewaktu diarak masuk ke dalam dewan tersebut. Untuk upacara memotong kek pula, pasangan raja sehari ini telah mengenakan persalinan daripada pereka fesyen terkemuka iatu Datuk Bernard Chandran.

Sepanjang majlis ini berlangsung, tetamu undangan telah dihiburkan dengan lagu-lagu daripada nyanyian Datuk Yusni Hamid serta penyanyi baru dari negara sebera

Majlis persandingan yang dilabel sebagai wedding of the century ini turut dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3 pada malam tersebut. Ia kemudian berakhir kira-kira jam 11 malam

*Memang best sangat majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dengan Dr Halima Mohd Yunos ni.very2 exclusive
sumber:murai.com

Sunday, October 10, 2010

Wang Hantaran Dr Sheikh Muszaphar- Dr Halina Dirahsiakan!

PUTRAJAYA, 10 OKT 2010: Dengan sekali lafaz nikah, angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi suami kepada Dr Halina Mohd Yunos.

Pernikahan yang dibuat oleh bapa pengantin perempuan iaitu LT Kol (B) Mohd Yunus Mohd Ali terlaksana pada jam 11.40 pagi sambil disaksikan Ketua Pendaftar Perkahwinan Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Dato' Hj Che Mat Che Ali bertempat di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

nak tau berita selanjutnya klik sini

*sure ramai tak sabar nak tengok majlis perkahwinan angkasawan negara pd tarikh yg cantik hari ini 101010.Saya pun tak nak ketinggalan...
sumber:murai.com

Shane n qeisha @ shopping complex

hi all..
Cuaca asyik hujan jer minggu ni, outdoor xtvt memang tak boleh jalan la..
Pegi shopping complex jer ler jawabnya,window shopping...with family.
Gelagat anak2 kat toys section.Memang tak peduli langsung orang sekeliling,janji seronok jer.Daddy mereka dua asyik captured pics mereka dua.Qeisha siap duduk elok2 with toys yang diambilnya.Mesti beli satu sorang baru dapat tinggalkan kedai toys tu.
Aksi shane makan..suka salad kfc

Qeisha mamam dengan semangat, tak toleh kiri kanan
*kalau nak shopping beli baju, saya lebih suka tinggalkan shane n  qeisha with nenek kat rumah. Memang susah nak pilih memilih kalau bawa mereka dua...takut2 mereka pergi tempat lain time kita sibuk2 pilih2 ..

Friday, October 8, 2010

favourite song qeisha



Hampir semua alphabet sounds ni dah dihafal qeisha...ada masa nanti nak amik videonya nyanyi2

Thursday, October 7, 2010

Shane buli adik tolak toddler car

Waktu petang shane n qeisha selalu bermain kat luar rumah.Ye lah...playground agak jauh, malas nak drive.Lagipun bermain kat luar rumah lebih selamat kan. Shane dah pandai suruh adik tolak toddler car. Qeisha ikut jer arahan,tapi kejap jer.

Tersenyum happy si abang shane...qeisha dah boring dah.Shane said:"pandai eisha kan,"
toddler saja lah shane ya, nak beli bicycle nenek shane kata jangan dulu,tunggu shane 4 years. Saya mana2 jer..mana tau nenek nak hadiahkan shane bicycle.hehehhh..

mood bagus...love this pic. Qeisha suka school bag tu.Suka dengar mereka berbual menggunakan 3 bahasa rojak.bi,bi2 n bm :)
*terasa hidup lebih bahagia melihat anak2 di depan mata....mereka adalah segala-galanya...

Monday, October 4, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Entry about perkhemahan unit beruniform Saturday lepas. 3 gabungan unit beruniform iaitu pengakap,KRS dan PBSM. Xtvt perkhemahan itu dijalankan di kawasan sekolah je, dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 4.30 petang.
Antara rakan2 yang turut sama bertugas merangkap pengadil pada  hari itu. Murid2 sedang sibuk menghias khemah. Sebenarnya nak buat  pertandingan mendirikan khemah, memandangkan khemah tu pasang siap, kami tukar dengan pertandingan menghias khemah pula.
Suka sangat khemah nie...cute sangat with pink colour.Kecik macam tuannya yang bertudung hitam tu.Tuannya pun comel juga kan,baru darjah 4.
Pertandingan memasak dan membina gajet. Teringat zaman kecik2 dulu kat kampung, suka sangat main masak2 dan main pondok2. Nampaknya ramai budak2 tak tau nak hidupkan api, biasalah mereka tu anak2 zaman moden. Tidak biasa merasa hidup susah.Sikit2 panggil cikgu hidupkan api.Namun begitu, semua nasi2 yang dimasak tidak ada yang mentah,kira lulus lah tu.:)
Salah satu antara permainan luas. Murid2 sangat seronok...keputusan no 1,2 dan 3 semua dari kumpulan pengakap. Bukannya apa,mereka tau gunakan skaf tu sambung kat kaki kawan2,mana tak lebih panjang.:) bijak2..
Xtvt terakhir ialah ikthiar hidup..murid berjalan dengan mata ditutup,berjalan berpandukan arahan ketua.Agak lucu tengok gelagat mereka. Xtvt ini bertujuan mengajar mereka erti kesyukuran kerana memiliki fizikal yang sempurna..akhir sekali majlis penutupan dan penyampaian hadiah.Guru2 penasihat dapat cenderahati T-shirt.Ok lah tu, yang penting guru2 dan murid2 seronok dan mendapat pengalaman pada hari tersebut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers