Wednesday, October 13, 2010

Menu sarapan anak tersayang

Terjumpa info ni kat sajionline..nak share juga dengan rakan ibu2 semua ya...
pic di atas si manja saya yang amat disayangi..
Berikan anak anda sarapan yang berkhasiat supaya mereka dapat memberi tumpuan penuh terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti
Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral
Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju
Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin
Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

*kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan, supaya mereka membesar dengan sihat,cergas,cerdas dan bijak..babaiiii nak bw pula, melawat rakan2 blogger yg cunn
sumber:saji.online

9 comments:

  1. amboi...sexy nar anak dara duduk tuk eh..

    ReplyDelete
  2. bagus info ni mmyShane~~
    thanks for sharing~

    ReplyDelete
  3. info yg bagus..tp kdg2 buntu nk masak apa sebab anak sy bkn pemakan..last2 sy buat telur goreng n kiecap..sudah..

    ReplyDelete
  4. mamalieyna:welcome ya
    mommyYen:tak per aunty eisha masih tecik lagi
    izan:sama2 izan
    hanim:betul tu hanim,janji mereka kenyang kan,kdg2 lbh suka bagi susu jer

    ReplyDelete
  5. good info mommy.. kadang2 tu dah fenin kepala nak buat menu apa yg dpt menarik perhatian diorang time makan ni..

    ReplyDelete
  6. welcome elly &emmy..mmg pening.susah nak tarik perhatian anak2 kdg.mrk lbh tertarik dgn junk food kan

    ReplyDelete
  7. bagusnya info ni... ibu mmg nak yg terbaik utk anak2nya

    ReplyDelete
  8. rAtU kEBaYa:betul tu, anak2 selalu diutamakan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers