hiii aLL..:) moga baik2 saja semuanya..
no idea nak buat entry...this is my 'post laju'. hehe..Layannn..
“SAYA memulakan kerjaya modeling ketika berusia 15 tahun apabila dipilih menjalani latihan praktikal di sebuah agensi model West End di London. Di situ, semua orang menghisap rokok dan minum wain pada pukul 11 pagi setiap hari.”
Itulah pandangan naif mengenai realiti dunia peragaan daripada Rosie Alice Huntington-Whiteley, atau Rosie yang kini begitu dikenali sebagai watak wanita utama dalam filem Transformers: Dark of the Moon yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini.
“Antara teater yang dipersembahkan ialah Snow White, Babes in the Wood dan Robin Hood. Saya pernah berlakon untuk teater Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat di sekolah tetapi saya sering mendapat watak sampingan.
“Saya seorang yang sangat pemalu ketika kecil dan pendiam, malah tidak pernah memiliki dres yang cantik,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seperti gadis remaja lain, dia juga menyimpan impian untuk terbabit dalam bidang fesyen dan filem.
“Saya berfikir bahawa suatu hari nanti peluang akan datang kepada saya. Dalam pada itu, dunia fesyen dan filem sebenarnya begitu dekat. Saya pernah diberikan skrip tetapi tiada yang benar-benar membuka hati saya.
“Saya tidak pernah berfikir akan terbabit dengan sebuah filem yang besar seperti Transformers. Saya fikir kalau berpeluang sekali pun hanyalah diberikan watak kecil atau kemunculan kecil di dalam filem,” katanya.
“Keluarga dan rakan-rakan di kampung halaman saya amat gembira dengan pencapaian saya.
sumber : kosmo
Motivasi... ANAK peladang ini sudah merentas glamor dunia peragaan dan Hollywood..so tiada yang mustahil kan sekiranya kita rajin berusaha tanpa putus asa serta bijak menggunakan peluang yang ada. Dalam mengejar impian kita harus menghargai dan tidak mensia-siakan peluang yang datang pada kita. Kita juga harus yakin atau percaya pada kebolehan diri kita sendiri Ye tak?? dan...pastikan setiap usaha diiringi doa....tidak mustahil impian yang diidamkan akan tercapai.