Sunday, February 26, 2012

team building hari tu..

Happy sunday 2 u all..
Berehat di umah je hari nie.
Ini cerita awal bulan Feb hari tu, "team building" bersama staf2 setugas.Penceramah hari tu bagi saya sememangnya pakar motivasi yang hebat. Kredit la untuk guru pembimbing sekolah kami yang menjemput beliau.Untuk menarik perhatian kami semua fokus untuk mendengar dia menyuruh kami menulis note beliau dengan menggunakan tangan kiri. If kita kidal menulis dengan tangan kiri dia arahkan menulis dengan tangan kanan pula. Bagi saya, bila kita tak biasa memang kita akan lebih fokus melakukannya.
Naaaa..hasil tulisan tangan kiri saya.Ok tak???
and...
tulisan tangan kanan pula.Lebih kemas sikit je, coz saya tulis cepat2 tak nak ketinggalan kata2 hikmah beliau.Nak sedut slide tu..segan tau.
Di sini saya ingin kongsikan dengan u all antara motivasi pada hari tu.
* INGAT!!!( sila jangan terkezut ya dengan word INGAT tu.hehe)
"Keseimbangan sikap adalah penentu ketepatan perjalanan kejayaan anda"
*JANGAN!!!!
"Menolak perubahan hanya kerana kita takut kehilangan apa yang telah kita miliki seandainya perubahan itu mampu menjadikan kita lebih maju dan cemerlang"
APA MAKSUD PERUBAHAN???
"Perubahan tidak akan menjadi seandainya cara berfikir dan bekerja kita masih dengan cara yang lama namun perubahan dan pembaharuan akan terjadi bila kita berfikir dan bekerja dengan cara yang baru"
MASALAHNYA PADA KITA...
"Kita sudah selesa dan hanya melakukan perkara yang sudah kita ketahui, jadi dengan melakukan perkara-perkara yang belum kita ketahui itulah kunci ilmu pengetahuan dan pengalaman"
DI ANTARA WAKTU DAN ANDA
INGAT!!
WAKTU boleh mengubah segala-galanya kecuali ANDA.ANDA akan kian berusaha dengan berjalannya WAKTU tetapi belum pasti ANDA BIJAK DAN MATANG
ANDA- hanya ANDA sajalah yang boleh menggunakan WAKTU untuk menjadikan diri anda BIJAK dan MATANG.
Itulah antara motivasi beliau pada hari tu.Banyak lagi sebenarnya.Tapi tak larat pula nak tulis panjang berjela.Takut u all tak nak baca pula.
dan satu lagi yang menyentuh hati saya dan itulah kebenarannya. Sila fahami dan amati ya rakan2 pendidik sekalian bagi yang ada singgah kat entri ni
"PENDIDIK SEJATI bukan dari suaranya yang kuat, keras dan lantang..tetapi dari suaranya yang tegas dan lembut memberi didikan dan tunjuk ajar kepada anak didikannya"
Pakar motivasi hari tu ialah...Khusardi Putra..ini link FB beliau :)

Sempat juga...muka baru balik dari team building hari tu.hehe.Ku kan sentiasa berusaha membuat yang terbaik untuk anak2 didikanku yang amat dikasihi...
ok all...sharing is caring rite?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers