Saturday, January 28, 2012

Bukit Aup Jubilee Park & Buah-buahan tempatan

Alahai...lebih seminggu dah tak menjenguk blog ni.Ketandusan idea nak buat entry dan dilanda kesibukan yang tak terkata. Banyak sangat kerja yang tertangguh...lembaran kerja budak pun banyak yang kena semak. Biasalah awal tahun kan, banyak perancangan yang kena buat. Soalan tugasan pun dah kuar, result sem sept pun dah kuar dah. Syukur...lulus juga diriku. Ayoyo....tak yah nak fikir sangat kan, hidup ini boring juga bila tak ada apa yang nak dibuat. ye tak?
**********************************************
Isi entry ku ialah, tentang cuti CNY hari tu. Cuti kat tempat saya bertugas tak sampai pun seminggu, juz public holiday sampai Tuesday je. Kami tidak ada membuat kelas gantian, so Wednesday dah mula sekolah dah. Sebenarnya tak ada plan nak cuti ke mana-mana coz cuti pun tak panjang kan. Tapi kenapa sampai ke bukit Aub nun?ku jawab sendiri ya "sebab niat kami nak beli durian banyak2 kat my hometown kat Julau".yalah, dapat tau durian kat situ tersangat la banyak. Jadi kami pun berangan nak borong durian2 tersebut dan jual pula kat miri. Hahaha...ada hati kan nak cari extra income.Sedangkan saya sendiri tak kuasa nak jual tu semua.Nak duit je, nak jual durian?huhuhu, malu sesangat & tak sanggup i.Semua tu i serah dengan my bro.Tapikan, aduhai malang nasib Pak kaduk..bila sampai kat my hometown tak de pun banyak mananya. Juz sekadar untuk dimakan sekeluarga adalah...plan nak balik hari tu juga.Nasib ada yang baik hati nak jual borong dengan kami dan hantar keesokkan harinya pula. So terpaksa la menunggu 1 day lagi. Untuk mengisi masa 1 hari tu...kami pergi la santai2 kat Bukit Aup Jubilee Park kat Sibu. Tak jauh sangat dari Julau.Jujurnya ku menyatakan kepada kalian inilah kali pertama ku pergi ke situ. Sungguh tau, walau tak jauh dari my hometown.hehe.Ok, layan la pic2 yang tak berapa clear sangat ni coz juz captured by phone je. My DSLR canon tak bawa..Tak tau pulak nak pergi sini. Qeisha tinggal with nenek..shane pun sepatutnya tinggal tapi meraung nak ikut. Perjalanan dekat 8 jam, tak berani nak bawa qeisha yang baru sembuh dari demam. Hubby drive bertukar -tukar dengan my bro, saya malas nak drive. Tapi tak lah letih sangat drive tu coz hiluz tu auto bukan manual.
Rupa-rupanya cantik juga permandangan di sini, menghijau dan tenang je. Shane sangat seronok melihat ikan2 yang berwarna warni dan ada juga tortoise kat kolam tu.
pic atas kiri : with my bestfreind or SIL.Kami stay kat umah dia kat Julau.
Pic atas kanan: Nodec bought a RM3 fish food to feed the fishes there...
Seronok sangat Nodec and Shane melihat ikan2 tu makan.Cantik kan..berwarna warni..

Nampak tak tortoise tu sedang berenang???
me at bridge at the first place..
"Telaga Kumang"@ telaga puteri...mengikut kajian dan cerita masyarakat setempat, ramai menyatakan telaga tersebut memang ada di situ dari zaman dahulu lagi. Mungkin cerita setiap individu tak sama.Tapi dari segi geografi, jarang ada anak sungai  atau telaga terletak di tengah2 bukit kan seperti 'telaga kumang' kat bukit aub ni.Mengikut cerita masyarakat setempat asal di sini, telaga ni tempat puteri @ kumang mandi.Turun dari tempat asalnya di Gelung untuk mandi di telaga ini yang dijaga oleh naga yang bernama Naga Bari.Itu lah sebabnya telaga ini dinamakan 'Telaga Kumang'.Sumber yang saya baca di sini.
Menuju ke observation tower....
Nice view...
Long time did not play swing already.. LOL
Sebelum balik ke julau singgah kat sini dulu minum air kelapa muda.. nanti2 la bawa qeisha and my mum datang sini pula.cian kan diaorang tak ikut.sorry ya sayang, ini semua unplanned bah..
Ini pula menu lunch kat sibu hari tu, kat area Farley. Nasi ayam penyet ka namanya.Boleh la..walau tak sehebat nasi lalapan kat muara di miri.:)
Pic satu ini saya cilok dari google...sayang kan saya tak bawa camera.Antara yang ada di situ.Sayangnya lagi, tempat ni tidak diselenggara dengan baik..
Shane kat umah my SIL, happy sangat main big hilux tu. car dady katanya.
Hajat di hati nak penuhkan our hilux bonnet dengan durian,buah dabai & rambutan.Hajat tak kesampaian la pulak.Syukur juga, ada la sedikit dabai dan rambutan. Durian dalam 130 biji..sampai kat miri memang macam pesta durian, yang terjual pun tak dapat cover kos transport.huhuhu..it's ok apa yang penting dapat makan durian..hehe
with shane yg nakal & degil sangat

4 comments:

  1. Syukur ye Win, akhirnya yg u risau2kan itu ari you dah lulus. Congrats.

    Nak bisnes durian? Rajin betul you ni. Bagus tu! I pun ingat arini nak cari durian (tp kat Jusco je), nk buat serawa mkn ngan pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks :)
      win juz ikut je.itu pun bisnes tak menjadi miss mirror.takde untungnya.hihik.biasalah bila tak bersungguh-sungguh, gitu la jadi nya..

      Delete
  2. wahh win buat businee durian ke ?? hebat nie .. ;)

    ps : winn akak nak ke sarawak bulan 10 nie .. win boleh bantu akak dlm mencari penginapan dan org yg boleh bawak akak pusing2 kucing tak ??

    jawab kat entry akak ye dik .. TQ ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisnes hangat2 taik ayam.hehe.seciput je, kos transport pun tak dpt cover.lbh banyak yg dimakan dari dijual.huhu.nak tayang muka bisnes durian, jgn hrp la win ni kakieda

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers