Thursday, July 28, 2011

Tip Tiga Perkara :)

Selamat petang semua....
Juz nak kongsi dengan u all tip tiga perkara yang saya jumpa kat sajion9 tadi..sharing is caring rite?spt yg bestfren saya selalu kata..
Tip ni special 4 ibu2.. & berguna 4 all also :)
Tip berkaitan bijirin, jagung dan kentang ini mungkin dapat membantu anda di dapur...
Menyimpan Bijirin

Bijirin mudah rosak apabila terdedah kepada udara kerana kandungan minyaknya. Sesetengah khasiat bijiran pula lebih cepat termusnah walaupun disimpan dengan cara yang betul jika terlalu lama. Maka anda perlu menyimpannya dengan cara terbaik;
* Simpan bijirin di dalam beg yang kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk agar tidak mudah rosak disebabkan serangan serangga perosak.
* Simpan di dalam balang kedap udara di tempat sejuk dan kering.
* Bagi oat pula, bijirin ini tidak boleh disimpan terlalu lama kerana lemak yang terkandung di dalamnya mudah rosak. Jadi beli dalam kuantiti sedikit dan simpan dalam bekas kedap udara.
* Untuk beras juga, simpan di dalam bekas kedap udara dan untuk mengelakkan kutu beras, letakkan tujuh hingga lapan tangkai cili kering ke dalam tempat menyimpan beras. Pastikan cili-cili tersebut ditimbus di dalam beras.
Memilih Jagung

* Pilih tongkol berwarna hijau muda dan masih rapat dengan kulit luarnya. Ini menandakan isi jagung masih elok.

* Seeloknya jagung direbus atau dikukus sebaik dipetik untuk mengelakkan kemanisannya hilang.
* Semasa merebus jagung, jangan gunakan garam kerana garam akan menyebabkan jagung menjadi keras.

 Kentang

* Pilih yang kelihatan segar, bukan yang sudah layu, berkulit keras, hijau, hilang warna asal atau sudah bertunas.

* Simpan di dalam beg nylon atau bekas berjaring di tempat yang bebas udara.
* Lebih baik dimasak secara membakar di dalam ketuhar atau dikukus berbanding merebus atau menggoreng. Ini adalah untuk mengekalkan kandungan zatnya.

note: anak2 saya suka sangat makan jagung kukus...manis & sedap specially yg baru dipetik

Monday, July 25, 2011

Perkhemahan luar murid sk rendah & kursus peningkatan jurulatih

hai all..
dah macam chipsmore dah saya sekarang nie, kejap ada..kejap takde..
Minggu ni maybe tak sebizi minggu yang lepas. Saya rasa bulan Julai ni berlalu dengan begitu pantas, coz banyak aktiviti & ada dua kursus. Hampir 2 minggu takde pergi ke sekolah. Post about kursus peningkatan jurulatih & perkhemahan luar murid sekolah rendah daerah Miri minggu lepas .
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Miri Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
18/7-22 Julai 2011. Berkhemah selama 5 hari 4 malam..banyak pengalaman manis dan baru diperolehi daripada kursus dan perkhemahan tersebut. Oh ya, entry ni agak panjang ya, almaklum la masa ni saya agak free.:).Jom layan gambar2 yang ada sepanjang perkhemahan tersebut. Saya captured with phone je coz malas nak bawa mydslr(canon)..payah nak jaga.
Bersama member2 perempuan yang sama mengikuti kursus peningkatan jurulatih. Inilah tapak perkhemahan kami. Best juga tidur dalam khemah ni, 1 khemah 2 orang..tak panas, fresh air bah.Then kawasan ni redup je coz dikelilingi pokok2. Tapak perkhemahan ni dekat ngan asrama, so kamekorg menumpang mandi di asrama la. Aktiviti sampai kul 10++ malam, so tak berani la saya drive sesorang balik rumah coz kolej ni agak jauh dari kediaman saya. Lagipun memang tidak digalakkan balik, coz tujuannya adalah berkhemah kan2. Bukan selalu dapat peluang sebegini :)
This is our tent..:)
Setiap orang ada dibagi campbed...saya lengkap bawa bantal & blanket. Tidur dengan lena coz terlalu letih. b4 sleep call shane & qeisha dulu mereka ok je, then baru mata dapat tidur.
Hari ketiga...peserta murid sekolah rendah daerah miri pun join sama berkhemah di sini. Tujuan kursus selama 2 hari adalah bertujuan meningkatkan kemahiran pembantu jurulatih untuk mempratikkan kemahiran @ mengendalikan xtvt perkhemahan murid dan dibantu oleh para jurulatih utama. Murid2 seramai 72 orang yang menyertai perkhemahan ini. Gambar di atas adalah khemah2 mereka. Bangunan yang ada tu ialah hostel pelajar2 kolej.
Antara xtvt yang dijalankan ialah ice breaking, senaman pagi@senamrobik, orienteering,repealing. Nampaknya semua murid2 seronok mengikuti semua xtvt2 yg dijalankan..
Bersama murid2 dari sekolah tempat saya bertugas..dan yang baju purple tu ex-student saya tahun 2007 dulu. Saya gurukelas dia year 1 dulu, tengoklah sekarang ni dia hampir tinggi dengan saya. She is very cute.
xtvt seterusnya ialah masakan rimba...setiap kumpulan memasak 'ayam pansuh' dengan menggunakan buluh. Masakan tersebut dihakimi oleh kem komandan. Setiap kumpulan ada 2 orang guru sebagai fasi.
and......
yeayyy...kump 6 iaitu kumpulan saya berjaya menjuarai pertandingan masakan rimba. Gembira sesangat tau. Budak2 lagi la, happy sangat diaorang. Sedap tau, bukan setakat hingga menjilat jari, habis sup tu mereka minum..tak rugi masak.
pic atas: ayam pansuh champion kump kami. Sila la bangga ya..berbaloi2 usaha cikgu & murid2 sekalian :)
dan lagiiiiii......
Kumpulan 6 ( beta & cikgu Hasrol sebagai fasi ok) berjaya mendapat 4 hamper. Banyak tuuuu.Tepuk...tepuk..semangat!!! u all faham tak? tak tau tak per, peserta perkhemahan semua tau camana tepuk semangat & tepuk gemuruh. Maybe ada diaorang singgah baca post ni..sila tepuk gemuruh okeh...terlebih sudah pula cikgu ni kan. Kump ni berjaya mendapat hamper kump terbaik, champion masakan rimba, tempat kedua persembahan malam kebudayaan...harus bangga tak???saja je jangan marah ya..kump kami dapat banyak hamper.Tapikan saya ambik ckit je & dapat basket je...kesian tengok budak2 sekalian. Apa yang penting???happy kan2
Lagi...xtvt abseiling, flying fox & orienteering...tinggi tangki air tu 30 meter...tinggi kan? Gayat sangat..tengok diaorang. Last year saya hampir2 tak dpt turun tau ::) kagum dengan keberanian murid2 tersebut.
sesi bergambar after majlis penutupan/penangguhan ....
Selama 5 hari berjauhan dengan suami & anak2 teramat la rindu..coz aku tak biasa berjauhan dengan mereka. Apapun sangat seronok dan berminat dengan xtvt pendidikan luar sebegini. Release tension sesangat...walaupun jadualnya padat, tapi itukan mengajar kita untuk lebih berdisiplin mengatur masa.ye tak???
*banyak lagi pic2 lain sebenarnya, untuk rakan2 yang sama mengikuti kursus tersebut, afterward saya upload kat fb & tag all ya
Sepasang buah hati tersayang yang amat dirindui masa tu..thanks so much to mr Hubby & mummy coz memahami dan menjaga baik2 sepasang penyeri hidup kami ni. Terharu sesangat melihat mereka dua menjerit kegembiraan melihat saya datang hari Jumaat lalu....
ok thats all...panjang berjela dah ni...oh ya post ni ada kaitan dengan post last year..sila klik kursus-asas-jurulatih-dan-bantu-mula babaiii..nak melawat u all pula :)

Saturday, July 16, 2011

kursus peningkatan Bi guru pra 2011

hAI all...lama dah i tak update blog ni. Bz yang teramat ya.
About : kursus Bi dianjurkan oleh sektor pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Date : 13- 15 Julai 2011
Place : Dynasty Hotel, Miri
Penginapan & makan, minum ditanggung oleh pihak pengelola. :)
xtvt : session 1 :phonic, session 2: Fostering Language, session 3 : emergent literacy/classroom language, session 4 : fostering language II, session 5 : language experience approach, session 6 : group discussion, session 7 & 8: group presentation..
building night...
With my group (group 5).Ada 8 kump semuanya. Setiap kump ada 7 & 8 orang. Semua peserta kursus adalah dari Limbang, Tatau, Bintulu, Niah & Miri.
right pic bawah : bersama ina yang cute= very naughty sama macam i. Asyik2 je ketawa & sengih2. Dia dari sk tatau bintulu.
left pic atas: I paling suka session 3 by Adeline Simon from Sk ulu kakus. Suaranya jelas & bi nya pun lancar je. Bestnya dia :)
other pics : group presentation..
note : Berjauhan dengan sepasang anak & husband selama 3 hari 2 malam..rindu sesangat coz tak biasa berjauhan. Syukur sangat2 Shane & Qeisha faham..sebelum tidur call diaorang dulu. Enjoyed juga coz saya sama room dengan bestfren dr maktab dulu iaitu Rosica...perangai gila2 kami dua tetap tidak berubah, sampaikan ina yang sama group dengan saya ingat saya ni masih single lagi. haaa itu gara2 sikap yang suka gelak & gila2 je.ok, that's all :)

Monday, July 4, 2011

Model muda ke Hollywood

hiii aLL..:) moga baik2 saja semuanya..
no idea nak buat entry...this is my 'post laju'. hehe..Layannn..
 
“SAYA memulakan kerjaya modeling ketika berusia 15 tahun apabila dipilih menjalani latihan praktikal di sebuah agensi model West End di London. Di situ, semua orang menghisap rokok dan minum wain pada pukul 11 pagi setiap hari.”

Itulah pandangan naif mengenai realiti dunia peragaan daripada Rosie Alice Huntington-Whiteley, atau Rosie yang kini begitu dikenali sebagai watak wanita utama dalam filem Transformers: Dark of the Moon yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini.

“Antara teater yang dipersembahkan ialah Snow White, Babes in the Wood dan Robin Hood. Saya pernah berlakon untuk teater Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat di sekolah tetapi saya sering mendapat watak sampingan.

“Saya seorang yang sangat pemalu ketika kecil dan pendiam, malah tidak pernah memiliki dres yang cantik,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seperti gadis remaja lain, dia juga menyimpan impian untuk terbabit dalam bidang fesyen dan filem.
“Saya berfikir bahawa suatu hari nanti peluang akan datang kepada saya. Dalam pada itu, dunia fesyen dan filem sebenarnya begitu dekat. Saya pernah diberikan skrip tetapi tiada yang benar-benar membuka hati saya.
“Saya tidak pernah berfikir akan terbabit dengan sebuah filem yang besar seperti Transformers. Saya fikir kalau berpeluang sekali pun hanyalah diberikan watak kecil atau kemunculan kecil di dalam filem,” katanya.
“Keluarga dan rakan-rakan di kampung halaman saya amat gembira dengan pencapaian saya.

sumber : kosmo

Motivasi... ANAK peladang ini sudah merentas glamor dunia peragaan dan Hollywood..so tiada yang mustahil kan sekiranya kita rajin berusaha tanpa putus asa serta bijak menggunakan peluang yang ada. Dalam mengejar impian kita harus menghargai dan tidak mensia-siakan peluang yang datang pada kita. Kita juga harus yakin atau percaya pada kebolehan diri kita sendiri Ye tak?? dan...pastikan setiap usaha diiringi doa....tidak mustahil impian yang diidamkan akan tercapai.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 murid, 1 sukan, 1 Malaysia

Hai all
Acara ini diadakan di SMK Taman Tunku sempena larian 1murid 1sukan 1malaysia yang  diadakan serentak di semua sekolah seluruh malaysia pada hari ini iaitu 2 Julai 2011.
Ada 5 buah sekolah rasanya yang bergabung atau berkumpul di sekolah ini. Agak meriah juga. Seawal 7.00 pagi semua peserta dah sampai coz acara dimulakan pada jam 7.45 pagi.
Lion dance & tarian ngajat oleh para pelajar smk Taman Tunku bagi menyambut ketibaan VIP. Malu2 & segan2 je saya captured pic ni coz ramai sangat orang.
Nice view..cantik sekolah ni, luas sangat.
* Para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sebelum memulakan larian sejauh 1.5km. Tak jauh sangat kan, berbanding dengan zaman saya sekolah menengah dulu. Dulu kalau acara merentas desa, memang jauh sangat jaraknya sampai ada yang pengsan. Tapi tadi semuanya masih bertenaga.

Barisan VIP..Pn Hjh Rosnani Hj Yunus, Pegawai Pelajaran Daerah Miri sedang menyampaikan ucapan. Murid2 mendengar dengan teliti..cayalah..
Selepas larian...majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Oklah juga, peserta dari sekolah kami ada mendapat tempat kedua & ketiga. Bangga Tuan Guru Besar tadi.:)
Menyempat juga...selepas larian. Bukti yang saya ada hadir pagi tadi. Sebenarnya kan hampir2 i tak hadir coz bangun agak lewat tadi. Ya la hujung minggu. Bila i call rakan sekolah dah sampai pun kat tempat ni. So saya bersiap macam lipas kudung, dahlah lokasi ni jauh dari rumah i. Drive pun asyik memecut je saya, nasib baik jalan tak jam. Akibat lambat, takde tempat parking la jawabnya, padan muka saya parking jauh nun di sana & terpaksa berjalan kaki masuk ke dalam kawasan sekolah. Baru je saya sampai, jemputan VIP pun tiba..aduhhh nasib baik la tak lambat sangat. Jangan contohi sikap saya yang tak ada disiplin tentang masa ya kawan2...saya akan jadikan pengajaran di hari muka."tau tak perr" kan2
Murid2 sedang yang bersesak-sesak menunggu keputusan pemenang larian diumumkan.
* cikgu cikgi yang memakai baju oren tu adalah sebahagian daripada staf2 yang sama dengan sekolah tempat saya bertugas. After habis larian kami semua macam picnic je minum2, makan2..relax2..
That's all...babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers