Monday, July 25, 2011

Perkhemahan luar murid sk rendah & kursus peningkatan jurulatih

hai all..
dah macam chipsmore dah saya sekarang nie, kejap ada..kejap takde..
Minggu ni maybe tak sebizi minggu yang lepas. Saya rasa bulan Julai ni berlalu dengan begitu pantas, coz banyak aktiviti & ada dua kursus. Hampir 2 minggu takde pergi ke sekolah. Post about kursus peningkatan jurulatih & perkhemahan luar murid sekolah rendah daerah Miri minggu lepas .
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Miri Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
18/7-22 Julai 2011. Berkhemah selama 5 hari 4 malam..banyak pengalaman manis dan baru diperolehi daripada kursus dan perkhemahan tersebut. Oh ya, entry ni agak panjang ya, almaklum la masa ni saya agak free.:).Jom layan gambar2 yang ada sepanjang perkhemahan tersebut. Saya captured with phone je coz malas nak bawa mydslr(canon)..payah nak jaga.
Bersama member2 perempuan yang sama mengikuti kursus peningkatan jurulatih. Inilah tapak perkhemahan kami. Best juga tidur dalam khemah ni, 1 khemah 2 orang..tak panas, fresh air bah.Then kawasan ni redup je coz dikelilingi pokok2. Tapak perkhemahan ni dekat ngan asrama, so kamekorg menumpang mandi di asrama la. Aktiviti sampai kul 10++ malam, so tak berani la saya drive sesorang balik rumah coz kolej ni agak jauh dari kediaman saya. Lagipun memang tidak digalakkan balik, coz tujuannya adalah berkhemah kan2. Bukan selalu dapat peluang sebegini :)
This is our tent..:)
Setiap orang ada dibagi campbed...saya lengkap bawa bantal & blanket. Tidur dengan lena coz terlalu letih. b4 sleep call shane & qeisha dulu mereka ok je, then baru mata dapat tidur.
Hari ketiga...peserta murid sekolah rendah daerah miri pun join sama berkhemah di sini. Tujuan kursus selama 2 hari adalah bertujuan meningkatkan kemahiran pembantu jurulatih untuk mempratikkan kemahiran @ mengendalikan xtvt perkhemahan murid dan dibantu oleh para jurulatih utama. Murid2 seramai 72 orang yang menyertai perkhemahan ini. Gambar di atas adalah khemah2 mereka. Bangunan yang ada tu ialah hostel pelajar2 kolej.
Antara xtvt yang dijalankan ialah ice breaking, senaman pagi@senamrobik, orienteering,repealing. Nampaknya semua murid2 seronok mengikuti semua xtvt2 yg dijalankan..
Bersama murid2 dari sekolah tempat saya bertugas..dan yang baju purple tu ex-student saya tahun 2007 dulu. Saya gurukelas dia year 1 dulu, tengoklah sekarang ni dia hampir tinggi dengan saya. She is very cute.
xtvt seterusnya ialah masakan rimba...setiap kumpulan memasak 'ayam pansuh' dengan menggunakan buluh. Masakan tersebut dihakimi oleh kem komandan. Setiap kumpulan ada 2 orang guru sebagai fasi.
and......
yeayyy...kump 6 iaitu kumpulan saya berjaya menjuarai pertandingan masakan rimba. Gembira sesangat tau. Budak2 lagi la, happy sangat diaorang. Sedap tau, bukan setakat hingga menjilat jari, habis sup tu mereka minum..tak rugi masak.
pic atas: ayam pansuh champion kump kami. Sila la bangga ya..berbaloi2 usaha cikgu & murid2 sekalian :)
dan lagiiiiii......
Kumpulan 6 ( beta & cikgu Hasrol sebagai fasi ok) berjaya mendapat 4 hamper. Banyak tuuuu.Tepuk...tepuk..semangat!!! u all faham tak? tak tau tak per, peserta perkhemahan semua tau camana tepuk semangat & tepuk gemuruh. Maybe ada diaorang singgah baca post ni..sila tepuk gemuruh okeh...terlebih sudah pula cikgu ni kan. Kump ni berjaya mendapat hamper kump terbaik, champion masakan rimba, tempat kedua persembahan malam kebudayaan...harus bangga tak???saja je jangan marah ya..kump kami dapat banyak hamper.Tapikan saya ambik ckit je & dapat basket je...kesian tengok budak2 sekalian. Apa yang penting???happy kan2
Lagi...xtvt abseiling, flying fox & orienteering...tinggi tangki air tu 30 meter...tinggi kan? Gayat sangat..tengok diaorang. Last year saya hampir2 tak dpt turun tau ::) kagum dengan keberanian murid2 tersebut.
sesi bergambar after majlis penutupan/penangguhan ....
Selama 5 hari berjauhan dengan suami & anak2 teramat la rindu..coz aku tak biasa berjauhan dengan mereka. Apapun sangat seronok dan berminat dengan xtvt pendidikan luar sebegini. Release tension sesangat...walaupun jadualnya padat, tapi itukan mengajar kita untuk lebih berdisiplin mengatur masa.ye tak???
*banyak lagi pic2 lain sebenarnya, untuk rakan2 yang sama mengikuti kursus tersebut, afterward saya upload kat fb & tag all ya
Sepasang buah hati tersayang yang amat dirindui masa tu..thanks so much to mr Hubby & mummy coz memahami dan menjaga baik2 sepasang penyeri hidup kami ni. Terharu sesangat melihat mereka dua menjerit kegembiraan melihat saya datang hari Jumaat lalu....
ok thats all...panjang berjela dah ni...oh ya post ni ada kaitan dengan post last year..sila klik kursus-asas-jurulatih-dan-bantu-mula babaiii..nak melawat u all pula :)

7 comments:

  1. kat opis irtu ada buat kursus jugak kena duk dalam khemah..mula2 macam gayat sebab tak biasa,tapi seronok..selalu duk hotel.bilik je kan sesekali duk khemah layan jugakla..:D

    ReplyDelete
  2. seronok juga sesekali tidur dalam khemah..budak2 lagi la suka yana

    ReplyDelete
  3. kursus mcm nie memang bagus kan dik .. memotivasikan diri dan anak murid .. kalau ada peluang memang akak suke nak joint :))

    ReplyDelete
  4. Ayam pansuh.. sedap tu Win..

    Nampak enjoy perkemahan tu.. tp mesti tak lari dari teringatkan Shane & Qiesha kan? Pengorbanan seorang guru.

    ReplyDelete
  5. kakieda: mmg bagus la kak, happy dpt peluang camnie.meluaskan pgaulan & pglaman
    miss mirror: betul..mmg sgtlah rindu dgn shane & qeisha

    ReplyDelete
  6. bestnya kursus win nie...mcm2 aktiviti ada...
    sy kan win xsuka camping...pernah sekali je camping masa darjah 6..sbb rasa xselesa tido...:)

    nasiblah shane n qeisha elok je ngan daddy n granma dia yer..

    ReplyDelete
  7. Hello, momyShane.

    Wah, meriahnya suasana perkemahan. Budak2 sekolah pun semua sporting habis. Dapat banyak hamper lagi tu, hehehe.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers