Huhuhu... baru nak buat entry tentang bengkel/kursus hari tu.Cerita masa cuti sekolah minggu lepas.Habis berbengkel hari Rabu, tapi tak da masa nak buat post coz gigih menyiapkan 1 lagi assignment pendidikan jasmani yang kena submit on9.So,hari ni baru dapat mengarang entry yang dah basi nih.
Date : 12-14 Mac 2012
Place : One Hotel Santubong Resort Kuching
About the pic : 1st day, after menghadiri taklimat drpd ketua unit,unit pengurusan dan majlis Perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak. Best la jugak, berpeluang 'salam semut' dengan timbalan pengarah JPNS.hehe..hanya peserta kursus je yang faham apa itu 'salam semut'
Kursus ini menekankan konsep "Belajar Melalui Bermain" dan kepentingan kreativiti dan estetika dalam pddn prasekolah..
Do you know????
kepentingan Belajar melalui bermain
Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.
Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru
Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif,psikomotor dan afektif.
Elemen muzik, nyanyian dan tarian dalam aktiviti bermain
Dengan mengintegrasikan elemen muzik, nyanyian dan tarian dalam pengajaran dan pembelajaran guru, diharapkan dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Zass layan je la gambar2 yang ada, my dslr tak bawak ok.captured by phone je.Malas i nak bawak camera yang beso gedabak bak kata missmirror.hehe
Pic atas: Rakan2 sedang sibuk mengutip batu, pasir dan buah apa ya?tak tau pulak saya buah apa tu.Semua itu adalah untuk mencipta alat muzik dari bahan buangan pada slot sebelah malam kul 8-10.00pm. Peserta kursus memang dipesan membawa bahan2 buangan seperti straw,tin minuman,botol minuman,penutup botol dll. Selain tu, alat2 muzik juga perlu dibawa.
pic bawah kanan: Dalam kumpulan, sedang berusaha mencipta alat muzik dari bahan buangan.Hasilnya memang sangat kreatif tau, sayang saya tak ambik gambar. Betul2 saya lupa..gara2 sibuk dengan latihan persembahan okestra.
View di depan hotel...
hotel room &
beach..
Duduk di sebelah kiri saya, is my roomate masa tu.Ramai yang ingat kami berdua dah kenal lama.hehe..semuanya kebetulan, sama bilik then sam kump lagi.
Slot yang saya sukai...asas tarian
dan lagi...best :). asas nyanyian dan vokal pula rasa macam kelas AF tau.
Tema kumpulan kami : sealife. Saya jadi ketam.cute tak ketam tu,hehe
Persembahan okestra dari kami. Ada 4 kumpulan semuanya.Lagu2 kami cipta sendiri bertemakan hidupan laut.Persembahan kedua pula bebas. Hrmm amacam..costume2 tu kami buat sendiri.Soo kreatif. Dan lalalala...our group mendapat JOHAN dalam pertandingan persembahan masa tu. Tersangatlah happy...dapat hamper.
*Walaupun jadual amat padat, sampai kul 10 malam, tapi seronok sesangat. Letih itu memanglah tapi sangat enjoyed.Dapat kenalan baru dan kawan baru.
Dan..dan...balik miri kena buat "in- house" pulak tentang bengkel itu.
***********
oh ya, habis kursus saya ada masa free petang 14mac tu, coz flight balik miri keesokkan harinya. So, berpeluang la jumpa teman lama zaman sekolah men dulu yang ada kat kch.hehe
pic atas : 12 tahun tak jumpa rakan sebelah kiri tu.mommyYen saya jumpa tahun lepas masa dia datang miri.
Happy sesangat kami dapat ketemu.Saya dapat bertemu dengan 4 orang teman semasa bangku sekolah hari tersebut, yang sorang tu terlupa nak ambik gambar dengannya, gara2 bz berchit chat.Check in kat umah my BFF
mommyYen.chit chat tak tau sampai kul berapa.thanks so much frens, meluangkan masa lepak2 ngan saya dan hantar ke airport. terharu rasanya
ini pula sepasang buah hati yang dirindui...semuanya ikut menjemput mumy kat airport termasuk my mum. Happy tak terkata mendapat ole2 dari mumy. Adik Qeisha dapat stamp pad dora, abg shane dapat colour pencil dan stationery set.Thanks again 2 mommyYen, temankan saya shopping ole2 utk anak2.
ok all...panjang berjela post kali ni, lama dah tak buat entry camni.