Sunday, December 9, 2012

mom's vegetable garden

Hai all..
Pagi tadi saya ada exam, so petang ni berehat saja di rumah. Minum petang with my mom @ indai. Then dia lepak kat kebun dia di belakang rumah...habis exam tadi baru la saya akan dapat merasa holi holiday until 28 Dec ni ;)
********
Kawasan belakang rumah saya tidaklah luas sangat, namun masih ada ruang untuk kami berbudi kepada tanah. Biasalah orang tua kita kan, mana la dia nak duduk diam saja & kemas mengemas dalam rumah saja. Dari dulu2 memang kawasan ni sentiasa ada bermacam jenis sayur-sayuran yang dia tanam di sini. Memandangkan saya free petang ni, saya join la dia lepak sambil membelai tanamannya di sini..apalagi saya, snap2 la hasilnya..
Limau kasturi kami berbuah lebat sekarang ni...suka sangat saya tengok.So senang la, nak limau kasturi petik je coz pokoknya tak tinggi sangat.Saya suka buat jus limau nipis nih :)

Nampak tak daun yang menjalar kat pokok cili tu? Itu ialah sayur daun labu merah emak saya.Pandai tak u all makan? Emak saya biasa masak lemak + buah labu merah yang masih muda.

Cili2 pun lebat juga, ada lagi kat belakang nun...nampak tak kesan yang dah dipetik tu? Saya yang petik tadi? hrmmm snap2 & petik memetik je dia tu pandai kan.apalaaa..

Ini pandan pula..macam2 kegunaannya..
 
Kacang panjang + sayur terung yang baru dipetik di belakang rumah. Best kan, tak payah beli2..fresh sangat, from garden to kitchen gitu..

Banyak la juga ni kami petik..sedekah dengan jiran lepas ni, biar dapat pahala kan. Hati pun banyak gumbira bila melihat orang sukaa..ya tak?Ada juga yang emak saya petik untuk dijual 2 hari yang lepas..
Selain tu ada juga cangkuk manis & daun ubi di sini..
Suka bunga ini..orang kata bagus tanam pokok bunga berduri untuk menggelakkan benda yang tak baik cthnya spt ular..
ok all..
 

2 comments:

  1. Sejuk mata tengok tanaman2 yr mum Win, rindu pula pada kampung halaman.

    Labu?. Kami bukan je pandai makan.. mmg suka pun, lagi2 buat lepat berinti kelapa, sedap!

    ReplyDelete
  2. mizz mirror:sedapnya lepat berinti kelapa tu kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers