Wednesday, March 17, 2010

Istimewanya epal hijau

Hi all..saya ni memang suka membaca tentang info makanan. Bukannya apa bila saya tau khasiat dan kebaikannya saya semangat nak makan walaupun tak berapa suka. Tapi epal hijau ni saya rasa ramai yang suka makan. Saya pun suka...
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.



Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


p/s lepas ni amalkanlah makan epal hijau sebiji sehari ya..
sumber:sajionline.com.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers