Thursday, March 18, 2010

Private Number Calling!!!

Haaa be careful if korang dapat pangilan 'private number calling or yg ada +6......????.'
Saya baru je dapat calling dari private number.Tengah saya sibuk singgah kat blog2 n mencari rakan2 blog, phone berbunyi. Saya ingatkan husband atau adik yang call. Rupa-rupanya private number. Apalagi saya, bersedia untuk berhati-hati daripada ditipu. Saya jawab juga coz nak tau PENIPUAN apa pula ya???


Me : Halo! (dengan nada yang tegas! chewah nak kasi dia takut ckit nak tipu)
PENIPU BESAR : HELLO..(dengan pelat cina) BETUL NUMBER INI 019....(dia sebut la no phone saya)
Me : Ya betul kenapa???!!!! (dalam hati saya berkata "eksen2 la tu nak mulakan penipuan")
PENIPU BESAR : SAYA CALL DARI MENARA CELCOM KL NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADE CIK SEKELUARGE KELANA SIMCARD CIK TERPILIH MEMENANGI WANG TUNAI RM7000..
**Belum habis lagi dia terangkan saya terus menyampuk!
Me: Haa macamana saya boleh dapat hadiah sedangkan saya tak pernah ikut mana2 peraduan? (saya masih nak tau technics penipu tu sebenarnya)
PENIPU BESAR: MACAM NI CIK..SIMCARD CELCOM CIK TERPILIH..
*malas nak layan dia saya terus potong cakap dia..jahat juga saya ni
Me: Kalau betul saya dapat hadiah, hantarlah cek ke alamat saya ke?hantar surat ke.Ni pakai private number mesti menipu kan?
PENIPU BESAR : (agak marah juga suara dia coz saya tak bagi peluang dia menipu) TIDAK...KAN BANYAK KES PENIPUAN DI NEGALA KITA ITULAH SEBABNYE KAMI CALL MENGGUNAKAN INTERNET. TAK BOLEH GUNA CEK..CIK ADA TAK KAD MAYBANK???
CIK PEGI SAJA KE ATM KAD N TOUCH SAJA SKRIN KAT ATM TU..
*OOOOO... nampak sangat kan dia menipu.
Me: Okla..malas saya nak dengar penipuan seterusnya.Terima kasih atas penipuan kamu ini..baguslah dah tempah tiket masuk neraka. (Berani juga saya ye..kat telefon berani la..kalau depan mata lagi bagus saya cabut!!!!)
PENIPU BESAR: (dengan nada marah) OK LAH CIK TOLAK HADIAH TAK APE,KAMI TAK PAKSA..
*then saya end call..menyesal juga layan kejap, buat saya marah je..eh takpe juga biar dia tau tak semua orang boleh ditipu!


Banyak sangat kes penipuan yang dah saya dengar dan baca..
p/s Jangan sesekali mudah terpedaya dan tertipu gara-gara kita nak wang yang banyak.
INGATLAH MANA ADA ORANG NAK BAGI KITA DUIT MACAM TU JE...DALAM JUMLAH YANG BANYAK LAGI TU.'Lu fikir la sendiri..'kata Nabil
* Ingatkan u all ingatkan saya sendiri juga*

4 comments:

  1. hahah..amai nya winn..uihh seram ku..

    ReplyDelete
  2. kita pnh gaks kena gini..tp kita jwb.."tak palah I sedekah je duit yg i menang tu pd u" kekekekeke bengang sggh dia..mrg gak dia..tp kita jwb lg.."I dh kayalah tak pyh susah bg hadiah kat i" hihihihii...org mcm tu mmg kena ajau sket :) ingt senang2 je nk tipu orgkan :) kitalah kena berwaspada supaya tidak tertipu

    ReplyDelete
  3. mmy yen:ya la..myh mcm cara org ka nipu

    ReplyDelete
  4. azie: betul tu.padan muka dgn si penipu tu ya.ingat semua org blh kena tipu.:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers