Jika tidak ada ikan, ayam atau daging, telur sering menjadi 'penyelamat'. Nasi berlaukkan telur selalunya menjadi antara pilihan terakhir, tetapi sedap juga dijamah, terutama apabila perut lapar.
Bagaimanapun, jika kreatif lauk telur mampu membangkitkan selera. Contohnya, sambal telur, masak lemak atau kari, didadar bersama sayur atau dimasak dengan taucu pun boleh. Jika diguna untuk masak kuih, bertambah sedaplah hidangan.
Sungguhpun begitu, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai benda bujur yang mudah pecah ini. Mungkin tidak ramai yang tahu, sesedap rasa dan selicin kulitnya, telur juga ada risikonya.
*Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolesterol.
*Kulit telur berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam.
*Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Jadi kita boleh menjalankan ujian ringkas untuk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama. Caranya, rendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.
*Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah, dan jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.
*Jika merebus jangan masukkan telur di dalam air yang masih sejuk kemudian merebusnya. Tetapi biarkan air mendidih terlebih dahulu, kemudian masukkan telur perlahan-lahan, dan rebus selama 10 hingga 12 minit.
*Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar.
*Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk.
*Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria. Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor.
*Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang boleh dibawa melalui telurnya.
*Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada makan telur mentah atau separuh masak.
* takde idea sebenarnya nak share kat blog ni. Asyik info makanan je. Bukannya apa, suka sangat makan la tu.hehehe
sumber :SajiOnline.com.my
wah..suka telur masak oyster omelet..crispy..!
ReplyDeletesedap tu..
ReplyDelete