Friday, April 9, 2010

Halia - Bangkitkan Nafsu?

Halia mempunyai banyak manfaat nutrisi. Antaranya, mengandungi lebih 12 jenis anti-oksidan; sebab itu ia amat berguna dalam mengubati pelbagai gangguan kesihatan. Halia juga mengandungi protein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C, kolin, asid folik dan beberapa khasiat lain.


Halia mungkin dianggap sebagai akar, tetapi sebenarnya ia adalah rizom atau batang tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah, dan menjadi organ penyimpanan makanan.



Sebenarnya terdapat banyak jenis halia yang boleh dibezakan dengan warna kulitnya, sama ada kuning cair, putih atau kemerahan.


Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua, dan dalam banyak budaya, halia digunakan sebagai ubat tradisional atau salah satu bahan rempah dalam masakan.


Halia muda lebih berisi dan mengandungi banyak air dengan rasa sedikit pedas. Manakala halia tua pula lebih berfiber, kering dan lebih pedas.


Jika tahan dengan rasanya yang pedas, halia boleh digunakan untuk, atau sebagai:


1. Antikoagulan atau bahan antigumpal; Anda boleh menambah halia dalam masakan atau sesudu kecil air halia segar dalam minuman untuk menikmati ciri-ciri antikoagulannya. Ia membantu platlet darah menjadi kurang kental, seterusnya mengurangkan risiko ateroklerosis (penyakit pada arteri apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dalam, menyebabkan penyekatan aliran darah).


2. Membangkitkan syahwat: Cuba minum teh halia. Campurkan jus halia dengan air panas dan madu selepas makan. Lihat kesannya!


3. Mengubati selesema: Potong sedikit halia dan rebus dengan secawan air, jika suka, tambah sedikit teh hijau. Tapis dan minum semasa panas.


4. Batuk: Minum tiga hingga empat kali sehari air halia yang dicampur sedikit madu. Ia boleh melegakan batuk dan mengurangkan kahak.


5. Gangguan penghadaman: Tak sedap perut, pedih ulu hati, loya dan rasa nak muntah selepas banyak makan? Cuba minum campuran sesudu kecil jus halia segar, dan sesudu kecil jus limau serta jus pudina. Tambahkan sedikit madu untuk rasa lebih enak.


6. Keletihan: Hiris (bulat) halia dan rebus dengan segelas air. Masukkan sekeping kulit kayu manis, biarkan menggelegak, tutup dan biarkan selama setengah jam sehingga air berwarna keemasan. Minum air rebusan ini untuk menghilangkan rasa penat, terutama selepas baru pulih daripada demam. Air rebusan ini juga dikatakan baik untuk melegakan sakit-sakit otot.


7. Buang angin: Rasanya, ramai yang tahu halia baik untuk membuang angin dalam badan. Tumbuk halia segar dan rebus dengan secawan air, kemudian campurkan madu tulen untuk rasa lebih sedap. Minum dua kali sehari untuk buang angin yang terperangkap dalam usus.


8. Memperbetulkan perjalanan haid: Kompaun antikejang dan melegakan kesakitan di dalam halia boleh membantu melegakan senggugut. Jika anda menghidapi senggugut atau perjalanan haid tidak teratur, cuba tumbuk seketul halia, rebus dengan secawan air dan campurkan sedikit madu. Minum ketika panas dua atau tiga kali sehari selama sebulan.


Selamat mencuba.


Nota: Gunakan madu tulen atau madu organik untuk dicampurkan dengan jus halia. Untuk mengenal pasti madu tulen, cuba simpan madu dalam peti sejuk semalaman, jika madu tidak mengeras, bermakna ia tulen. Jika madu kelihatan mengeras, bermakna kandungan gulanya lebih banyak berbanding madu.


that's all..chowww


sumber: sajionline














8 comments:

  1. mekasih berkongsi info..
    boleh di aplikasikan dlm kehidupan harian :)

    ReplyDelete
  2. halia must-have list dlm fridge neh win,t ndai lia nda bes masakkan..

    ReplyDelete
  3. ya betul tu...halia mmg sntiasa ada di dapur

    ReplyDelete
  4. welcome uda.halia mmg selalu dimakan.1001 khasiatnya

    ReplyDelete
  5. lynn suka letak halia byk2 dalam masakan...especially kalau masak ikan masak steam...best2...

    ReplyDelete
  6. bagus kan lynn,bnyk khasiat.saya tak suka makan halia mcm tu saja..msti campur2.

    ReplyDelete
  7. sy slaloo amalkan minum air halia...kadang teh halia...utk buang angin dlm badan..rs ringan ckit pewot tau...

    ReplyDelete
  8. betul tu bukhairah..teh halia memang femes utk buang angin dlm bdn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers