Peti sejuk memang menjadi tempat menyimpan makanan agar tahan lebih lama. Bakteria yang menyebabkan makanan basi atau cepat rosak, lazimnya tidak boleh membiak di dalam peti sejuk. Tetapi fakta ini benar sekiranya anda menjaga atau 'mengurus' peti sejuk dengan betul.
Untuk memastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk masih selamat dimakan, baca dan amalkan tip ini:
1. Pastikan suhu peti sejuk sentiasa berada pada suhu yang betul; antara 0 - 4 darjah celsius.
2. Bahagian sejuk beku perlu bersuhu -18 darjah celsius (0 darjah F) atau lebih rendah.
3. Pintu peti sejuk hendaklah sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila perlu sahaja.
4. Jangan simpan barang sehingga peti sejuk penuh, kerana udara perlu beredar untuk kekal sejuk.
5. Jika ingin menyimpan yang sudah dimasak, pastikan ia telah sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
6. Elak guna bahan pencuci berkimia untuk membersihkan bahagian dalam peti sejuk. Sebaliknya guna air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon atau cuka putih.
7. Bersihkan peti ais seminggu sekali; periksa barang-barang yang disimpan, jika ada yang melebihi tarikh luput, buang saja.
8. Agar peti ais tidak berbau, simpan sekotak soda penaik (dibuka penutupnya) di dalam peti sejuk.
ok la nanti mumy kemaskan ya sayang..
that's all..bye
mumyshaneqeisha
sumber:sajionline
mampir lagi ni sobat,,,,imut banget si kecil....o jadi gitu ya....good banget postnya....baca-baca yang lain bentar....
ReplyDeletemari berlomba berbuat kebaikan dengan cara ngeblog
ReplyDeleteterima kasih ya
ReplyDeleteinfo berguna...no.8 tu cam x pernah dgr..bole cuba..
ReplyDeleteSalaam. Very nice info dan boleh cuba dipraktikkan. Setuju jika dikatakan TIDAK semestinya bakteria tidak boleh membiak langsung dalam peti sejuk, lagi pun ada camam2 jenis bakteria :)
ReplyDeleteya ayu pas ni kita sama2 cuba simpan sekotak soda penaik k.kita pun baru jumpa info tu
ReplyDeleteNeezhom:mmg betul,kalau peti sejuk tidak diuruskan dengan baik
salam ziarah...tq sbb kongsi maklumat ni..
ReplyDeletesama2 siti
ReplyDelete