Wednesday, May 5, 2010

Panduan Makan Di Luar

Tidak dapat dinafikan, makan di luar lebih menyenangkan berbanding membeli bahan dan memasak sendiri. Malah adakalanya lebih menjimatkan. Bagaimanapun jika makan di luar, anda tidak boleh mengawal bahan-bahan yang digunakan, atau cara sesuatu makanan dimasak.

Kadang-kadang semasa memesan kita beritahu, ‘Tak mahu banyak minyak, kurang garam, kurang gula…’ dan sebagainya, tetapi makanan yang dibawa ke meja tetap tidak seperti yang diminta.


Jika ke restoran-restoran makanan segera pula, segalanya mesti mengikut menu standard yang tersedia.


Sungguhpun begitu, ramai yang memilih untuk makan di luar; mungkin kerana tiada masa untuk menyediakan makanan sendiri, mahu mencuba menu baru, atau bersantai bersama kawan-kawan sambil menjamu selera.


Apa jua alasan anda, perkara utama yang perlu difikirkan ialah, makanan mesti baik untuk kesihatan. Jika mahu mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu mememasaknya sendiri, anda perlu bijak!
Apabila makan di luar, PILIH:

1. Tempat; sama ada restoran atau warung yang bersih.


2. Makanan yang sihat; kurang berminyak atau lemak, kurang manis atau masin dan rendah kalori. Contohnya, pilih capati, bukan roti canai, atau nasi putih dengan seketul kari ayam berbanding nasi briyani dengan dua ketul kambing.

3. Jenis makanan yang dipanggang, bakar, rebus, kukus, stir-fry dan elakkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak, bersantan atau berkrim. Contoh, pilih mee sup berbanding mee kari atau popia basah berbanding popia goreng.


4. Pesan makanan yang sederhana. Jangan memesan terlalu banyak makanan; bukan sahaja untuk mengelak daripada pembaziran jika tidak dapat dihabiskan, tetapi juga untuk elak makan terlalu banyak sedangkan anda sudah pun kenyang.


5. Pesan desert hanya selepas habis makan. Mana tahu, anda sudah pun kenyang dan sebenarnya tidak perlu makan desert lagi. Jika mahu, pesan buah-buahan sahaja.


6. Air kosong berbanding sirap, air berkarbonat atau yang mengandungi banyak gula



# tapi kan bila makan kat luar, jarang kita nak order air kosong.betul tak????









6 comments:

  1. yen pandai ngoder kdri ai,mesti green tea..haha

    ReplyDelete
  2. selalu terpaksa ikut selera anak kalau nk makan kat luar....

    ReplyDelete
  3. ayub:amai nya kan.favourite sduai ayen ga green tea nya ya
    MM:ya betul tu..cari tmpat yg tak panas juga kan

    ReplyDelete
  4. Ambe makan kat luar time jalan2 atau keluar outing jer. Tu pun sekadar buat alas perut, tak fikir sangat apa jenis makanan asal halal sudah huhu

    ReplyDelete
  5. Pernah minum air milo ada anak lipas.. Yuck!!

    ReplyDelete
  6. Neezhom:betul tu neezhom, bila lapar tak kisah sangat ngan jenis makanan kan
    aiDiena: huhuhu teruk sangat ler kedai tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers