Friday, June 18, 2010

Ketawa jauhkan penyakit jantung

Hi all.....
Mulakan hari anda dengan senyuman..
Ada tak u all tersenyum,tertawa,ketawa,tergelak atau dikertawakan hari ni???
SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.


SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.


Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti bersenam untuk beberapa minit.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan tindak balas kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat menjalankan kajian ke atas 300 responden mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


Kajian itu menyatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila seseorang ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar itu akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

##...so janganlah selalu bermasam muka, ketawalah sekiranya patut ketawa.Jangan pula ketawa tak tentu pasal.hehehe.Jangan lokek dengan senyuman.Tak der faedahnya kita menyombong, tak ada orang suka individu yang sombong.Betul tak??Selalulah berfikiran positif untuk menghindari stress. Amalkan gaya hidup sihat..dan jangan kurang ketawa, kerana orang yang sihat bukanlah orang yang kurang ketawa...tapi berwaspada juga jangan beri senyuman manis pada orang yang tak betul..BAHAYA.

me,




Sumber: Universiti Maryland

4 comments:

  1. eh..dah tukat semua gambar..hehe,rindu ke kita sebilik wai..yen ngiga iesha duai shane belama..

    ReplyDelete
  2. rndu ke kita ga..kitu baru t bc pluang au..

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera dari Terengganu. Tetapi kalau terlalu banyak ketawa boleh mematikan hati , banyak ketawa banyak duka nya kemudian hari hehe

    Senyum la pertengahan yang bagus dan manis, macam saya sedang senyum ni :) manis kan? :P

    gitu la, apa2 pun kalau dah terlebih atau terover sangat tak elok, moderate is the best. Terlalu kaya nnt ramai yg cemburu dan cuba curi harta dia, terlalu miskin nnt dia cuba mencuri dan hasad dengki pada orang lain pulak. Contoh la tu :)

    Take care mumy , all the best to you and family semua :)

    ReplyDelete
  4. Neezom: betul juga yer..moderate is the best.tq ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers