Wednesday, June 23, 2010

Patung lilin Ronaldo

Hi all... Siapa kaki bola, angkat tangan!!!mesti ramai yang tengah demam bola kan.Tak apa ler bukan selalu ya, 4 tahun sekali
Siapa minat Ronaldo??haaa tengok tu ramai yang kata saya.hehehe
Time buat entry ni saya ngan husband tengah tengok live USA vs ALG..anda sokong mana??masih 0-0 ler...
haaa..ni dia patung lilin Ronaldo...dh tengok?if dah..abaikan yer

 HASIL kerja teliti termasuk solekan pada sudut-sudut sukar seperti mata
NAMANYA cukup sensasi dalam arena sukan bola sepak sehingga mendapat perhatian luar biasa daripada peminat. Dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, bukanlah menghairankan Cristiano Ronaldo menjadi rebutan banyak kelab antarabangsa.

Dengan status bintang bola sepak terbaik dan termahal dunia, Muzium Madame Tussauds di London memilih untuk menghasilkan patung lilin Ronaldo sebagai pengiktirafan kepada pemain itu.

PATUNG lilin Ronaldo dihasilkan Muzium Madame Tussauds di London sebagai penghormatan kepada pemain itu

Idea sebenar patung lilin Ronaldo dilakukan pada bulan ini juga bersempena dengan Piala Dunia 2010 yang kini sedang meriah berlangsung di Afrika Selatan. Pameran patung lilin Ronaldo boleh disaksikan orang ramai terutama peminatnya sejak 9 Jun lalu.

Tidak hanya hebat di atas padang, bergelar jejaka kacak, Ronaldo juga seorang pencinta fesyen. Maka tidak hairanlah Ronaldo mengidentifikasikan stail di butik miliknya CR7.



Kejayaan pembukaan butik tersebut mendapat sambutan hebat terutama dalam kalangan peminat Ronaldo yang meminati gaya macho jejaka itu.


Menyentuh gaya rambutnya, Ronaldo memberitahu dia tidak banyak mengubah trend rambut kerana gemar berpotongan pendek. Ini kerana rambut pendek memudahkannya untuk bergerak aktif di padang.


Lagipun, apabila berambut panjang cara penjagaannya amat rumit. Ia memerlukan terapi mengikut jadual supaya tidak mudah rosak.


"Rambut pendek mudah diurus. Sapu sahaja gel ia sudah nampak kemas dan segak," beritahunya.


@@@@@  memang hebat sangat ler pengiktirafan untuk Ronaldo ini...lagipun ini atas permintaan orang ramai yang mahukan patung lilin Ronaldo sebagai daya tarikan..
 
sumber:kosmo

3 comments:

  1. memang betul2 teliti punya kerja ni, sebijik. Cuma x dapat bagi nyawa je, dan selama2nya pun manusia tidak dapat bagi nyawa pada orang lain huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers