Thursday, October 21, 2010

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

Lemak, manis dan berkrim...tentu sedap, tetapi awas...!
Pernahkah anda membuat ujian untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah? Jika jawapan anda, "Tidak perlu kerana saya kurus," maka anda tersilap. Gemuk atau kurus tidak mencerminkan tahap sebenar kolesterol dalam darah. Seorang yang kurus atau tidak menghadapi masalah berat badan mungkin mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi dalam darahnya berbanding rakannya yang gemuk. Sebab itu, jangan terkejut jika seorang yang tidak gemuk juga, boleh diserang strok atau menghidapi sakit jantung (walaupun golongan obes lebih berisiko tinggi).
Perhatikan perubahan bentuk badan, terutama di bahagian perut dan tengah badan

Info Ringkas:

* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.


* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.

:) Suka share dengan u all info2 makanan dan tentang kesihatan.Ini kerana tubuh badan yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Orang yang ceria itu juga, orang sihat fizikal dan mindanya.
sumber:sajionline

5 comments:

  1. yes ... bahaya nie ..
    kurus atau gemuk semua ada resiko dia ..
    thanx sharing dik :))

    ReplyDelete
  2. betul...jgn ingat kurus kompom sihat :)

    ReplyDelete
  3. kakieda:betul tu,mmg agak susah juga jaga pemakanan kan.tapi bila lapar,saya ni jenis yg ngap saja
    ana:kurus@gemuk tetap berisiko..harap2 kita semua sihat2 belaka ya

    ReplyDelete
  4. betul tu.. kurus pun akan mempunyai risiko yg tinggi

    ReplyDelete
  5. ratu kebaya:tapi kita mmg lebih suka slim kan,senang nak pilih baju

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers