Monday, December 20, 2010

Mengantuk selepas makan?

Allooo all...
Ada sesiapa yang mengantuk selepas makan?sila angkat kaki..hehehe
Jika selepas makan anda berasa mengantuk, amati semula hidangan yang anda nikmati, mungkin makanan yang dimakan setiap hari itulah penyebabnya.....
sekadar gambar hiasan...shane dan qeisha yang tengah nyenyak tidur di waktu petang.
makanan2 kat pic di atas itu sungguh menggoda kan
*Jika beberapa bulan kebelakangan ini diet anda tinggi kandungan lemak, itulah kesan yang mungkin anda rasai; lesu, tidak bermaya, otak lembap manakala tubuh pula ingin selalu berehat.

*Ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dalam kajian itu, tikus yang diberi diet tinggi lemak selama beberapa bulan menunjukkan kesan negatif dari segi fungsi kognitif/otak, kemampuan otot dan keupayaan bersenam.
*Dalam kajian yang dijalankan, tikus-tikus diberi diet tinggi lemak (55% kalori daripada lemak) selama beberapa bulan. Didapati tikus-tikus tersebut dapat berlari pada jarak dekat saja, dan menunjukkan tanda-tanda jelas penurunan daya kognitif. Tikus-tikus tersebut mudah lupa dan tidak dapat mencari jalan keluar dengan cepat dari pagar sesat (maze) seperti biasa.
*Sama ada kesan sama dialami oleh manusia belum dipastikan. Bagaimanapun para pengkaji berpandangan diet rendah lemak memberi kesan lebih positif kepada tahap tenaga dan fungsi otot para atlet.
*Ringkasnya, diet tinggi lemak bukan saja memberi impak kepada faktor-faktor risiko untuk mendapat sakit jantung dan obesiti, tetapi dalam masa beberapa bulan, boleh membuat anda menjadi pemalas dan tidak bergerak cergas.

note:aduhai...time cuti nie rasanya diet saya tinggi kandungan lemak.Harus dikurangkan nie...specially after lunch, memang mengantuk punya.Tapi saya bukan orang yang tidur lama2 waktu siang ya.Pening kepala rasanya kalau tidur lama waktu siang.Lama sangat dah tak jogging,berat badan pun dah naik nie...harus diet ni,takut saya bam2 sangat.U all camana pula?ada tak mengantuk lepas makan.tapi itulah kebiasaanya kan.Bila kenyang, mesti mata pun berat juga...hehehe..:)
sumber: -sajibestmenu-

5 comments:

  1. thanx win .. info yg sgt2 baik
    memang kita kena kawal makan dan kena pilih makanan yg baik huhuh demi kesihatan badan kannn :)

    ReplyDelete
  2. good info. saya ngantuk lepas breakfast mana tak nya, makan nasi lemak heheh. tapi tak ajar diri unt tido la, teru buat kerja lain.

    ReplyDelete
  3. makai kenyang2 lebih2 agi nti karbohidrat mayuh empa sigi ngasuh ngantuk meh y.nya kitai sgi ngantuk nti dah makai asi..asi kan mayuh karbo..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, momyShane. Kak pun, asal baru lepas makan mesti rasa ngantuk. Sah la diet kak tidak berapa ngam, hehe....

    ReplyDelete
  5. kakieda:ya kak, tapi kan kita lbh terdorong nak makan mknan yg enak2 walau tak berkhasiat
    adia:kdg2 saya pun suka heavy breakfast
    mommyYen:patut meh t dh makai mata tak kulap2.hahaha
    kakimun:sama juga..specially lepas lunch

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers