Sunday, September 26, 2010

7 Fakta Menarik Baju Daging Lady GaGa

Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu diperbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli

Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .


2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.


3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.


5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?


6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?


7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih

* macam2 kan...kita lebih suka pakai baju 100% cotton.jauh lebih selesa..
sumber:murai.com

5 comments:

  1. huh crown pun diperbuat daripada daging?

    ReplyDelete
  2. abis mcm mana dia xberbau kan?pelik pelik...mcm 2 lah dornag nie..

    ReplyDelete
  3. sah2 menipu.....kalo tanpa pengawet, misti bebau siot...ingat manusia bodoh tenuk ker????
    so fakta nie tak buleh diterima,
    lady gaga kalo nak menipu pon agak2 la....

    ReplyDelete
  4. anonymous:ya la,mcm2 kan
    hanim:tu la kan mmg pelik,lady gaga sendiri kata baju daging tu bau manis
    shapoji:tak tau la kan ini fakta daripada pereka fesyen Franc Fernandez

    ReplyDelete
  5. apuuu..mesti bau busuk t nadai pengawet nya.bula mai..eeechaakk..bau!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers