Friday, November 19, 2010

Khasiat yang tidak diketahui

 
RAMAI yang beranggapan viagra merupakan ‘talian hayat’ bagi menyelesaikan masalah seksual kaum lelaki. Bagaimanapun, selepas membaca artikel ini, mungkin persepsi itu berubah. Tidak ramai orang mengetahui bahawa buah mangga juga mempunyai ‘kehebatan’ yang setanding viagra.
        Kenapa? Mungkin sebelum ini, ramai yang sekadar menikmati keenakan mangga tanpa menyedari khasiat yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya, buah berwarna kuning keemasan itu boleh membantu seseorang memperbaiki aspek kesihatan yang berkaitan dengan fungsi seksual
       Rahsia tersebut didedahkan oleh Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Tan Yen Sing yang membuat pembentangan dalam sebuah kempen kemasyarakatan, Kesihatan itu Kekayaan, yang telah dilancarkan syarikat MBG Fruits baru-baru ini.
HANSEN (kanan) dan Jojo menjaga kesihatan mereka dengan pengambilan buah-buahan yang kerap.

Tambahnya, kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.
Manfaat kesihatan

Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.
  •  “Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida
  • Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.
Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.
Yen Sing mendedahkan rahsia buah pisang kaki yang membantu masalah sembelit dan cirit-birit.

- Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
EPAL bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah mampu mencegah kenaikan berat badan dan seterusnya mengelakkan gejala obesiti - Gambar hiasan
Dalam pada itu, Hansen pula menasihatkan orang ramai betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia penting untuk permulaan hari.

“Tidak perlu bersusah payah memasak menyediakan sarapan pagi, cukup sekadar menjamah semangkuk bijirin oat bersama madu dan kismis serta susu,” ujarnya.

* mangga,pisang,kismis dan epal senang saja didapati.Harganya pun murah sahaja.So, boleh lah kita sama2 amalkan pengambilan buah setiap hari untuk kesihatan yang baik ya kawan2.
info from :kosmo.online

6 comments:

  1. yenyen love fruits...! nyum nyum...

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kalau nak sihat dan cantik .. kena lah amalkan makan sayur dan buah-buahan..

    ReplyDelete
  3. sy xsuka buahlah win..tp sy tau buah byk khasiat...kalu mkn bauh pun selalu pisang ataubuah mangga yg manis..:)

    ReplyDelete
  4. mommyYen: shane & qeisha like fruits also
    syeragh:tq :)
    elly&emmy : betul tu,walau tak suka kena makan juga demi kesihatan
    hanim:tak pe tu,yang penting ada makan

    ReplyDelete
  5. fruits really good for health...kena consume yang original and avoid all the syntetic chemical product

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers