Wednesday, November 24, 2010

Rakyat Malaysia popular di Internet

Morning all, saya terbaca artikel varia nie kat kosmo.Nak share dengan u all tentang artikel ni.Macam menarik dan ada kebenarannya .DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
RAKYAT Malaysia kurang mementingkan soal privasi apabila berkenalan dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
 "Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
PLATFORM Twitter sudah popular di Malaysia manakala di Jepun, ia masih baru.

Di beberapa negara di Asia, kekurangan kebebasan media juga telah mendorong kemunculan blog dan laman rangkaian sosial yang membolehkan pengguna bertukar-tukar maklumat secara bebas.
 Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal sem Penduduk
Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.
Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang.
Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.

"Kami suka bertemu dengan orang dan kami juga menyukai konsep rumah terbuka seperti majlis keramaian Krismas, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
 "Kami telah mengambil konsep rumah terbuka dan meletakkannya dalam talian. Sesiapapun dijemput ke rumah terbuka anda, maka sesiapa sahaja akan dijemput untuk menyertai senarai teman Facebook anda," katanya.

*Entahlah, saya pun rasa kita memang kurang menitikberatkan soal privasi di laman sosial termasuk saya.Tak apa la ya bak senikata lagu Limkokwing '1 Malaysia'.."Membina masa hadapan,Menuju kejayaan,Kita semua rakyat Malaysia, Harmoni, saling menghormati.."Gunakan blog,FB,platform twitter ke arah kebaikan.Elakkan kutuk-mengutuk,share isu kat status FB yang boleh menyinggung perasaan kawan2,menyentuh isu2 agama & perkauman.
sumber:kosmo.online

6 comments:

  1. betul tu momyShane...org malaysia ni terbuka sgt kot sampai kadang2 takde privasi... sume nak didedahkan...

    ReplyDelete
  2. camana nak buat, dah kita dididik dari kecil jgn lokek ilmu kan.apa2 semua nak share ngan kwn2

    ReplyDelete
  3. pernah dgr masa tu kat berita hot fm...mgkin kita rakyat nsia ni sgt terbuka n tolak ansur sgt..tulah mcm tu kot..:)

    ReplyDelete
  4. apapun tak boleh terlalu open sgt... certain information kena tapis betul2...

    sharing is caring, but too much also boleh jadi ancaman...

    ReplyDelete
  5. hanim:betul tu hanim.tapi kat laman sosial FB harusnya lebih berhati-hati
    aieda: setuju dgn aeida, harus berpada-pada juga kan,tak boleh open sangat,takut org ambik kesempatan

    ReplyDelete
  6. wowie bab2 ni boleh pulak malaysia leading ye.

    hmm saya fb saya mmg privacy betul2. kadang2 unt yg kawan pun saya block certain pic, hanya terpilih boleh tgk.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers