Tuesday, December 7, 2010

Aishwarya bantu kakak ipar

MESKIPUN dikenali sebagai seorang pelakon yang terkenal di seluruh dunia, namun Aishwarya Rai masih sempat untuk meluangkan masa membantu kakak iparnya yang sarat mengandung dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.

Selepas tamat menjalani penggambaran filem The Guzaarish, Aish tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa bersama kakak iparnya, Srima yang juga isteri kepada abangnya, Aditya.

"Sebelum ini saya cukup sibuk dan banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran termasuk di luar negara. Setelah semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berada di samping Srima sehinggalah dia melahirkan anak," ujarnya.

Memandangkan Aishwarya sentiasa menemani kakak iparnya, situasi itu telah menyebabkan dia tidak dapat menyertai sesi promosi filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di seluruh India pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, ada juga khabar angin yang mengatakan pelakon berkenaan kini sedang hamil dan sedang cuba untuk mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang ibu.

* Best la kalau betul Aishwarya sedang hamil. Usaha untuk mempelajari langkah2 untuk menjadi seorang ibu juga adalah satu usaha yang baik, agar betul2 bersedia berperanan sebagai ibu. Suka sangat lakonan Aishwarya dan terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh beliau.

sumber:kosmo.online

4 comments:

  1. akak punn minat sgt aish nie .. berangan nak jadi slim mcm dier hehehhe :)

    kalau betul dia hamil .. waaa seronoklah ABI akhirnya bini dia hamil heheheh

    ReplyDelete
  2. Hello, momyShane. aishwarya memang cantik, klu dia ada baby mesti kiut macam mak dia, hehe...

    ReplyDelete
  3. suka dia ni.. mata dia tu yang paling cantik..

    ReplyDelete
  4. kakieda: sama lah...sama2 kita berangan nak dptkan body slim mcm dia
    kakimun:ya betul,mesti anak dia cantik@ kalau girl.if boy handsome mcm dady dia kan
    ratukebaya:mata dia tu cantik sangat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers