Hai all
Post about Shane & Qeisha yg sgt enjoyed bila dapat peluang bermain kat kfc playland.
Memang sengaja pergi waktu malam(dalam kul 8pm) supaya tak ramai budak2 yang main kat playland ni. Syok sangat la mereka berdua coz bebas je main kat sini.
Dah letih bermain kat playland tu baru cari makanan & minuman. Salah satu cara nak galakkan anak2 yg kurang berselera makan juga ni. Bagi mereka main kat playground @ playland sampai letih, biar mereka aktif kan. Then, mereka akan berasa lapar dan dahaga.Masa ni mereka akan cari makanan dan minuman. Seboleh-bolehnya bagilah makanan yang berkhasiat ya, bukan fast food.Sekali sekala takpe, jangan selalu kan. Yela..anak2 akan bosan bila asyik terperap kat rumah je. Then, mereka boleh takut dengan orang bila jarang keluar rumah.Ye tak?
*Order chicky meal dapat mainan 2 set.Syokla dua orang budak tu dapat toys baru.Suka tengok gelagat shane & qeisha with dady, tak nak lepas peluang captured pictures.
Sampai kat rumah after take a bath2 terus layan toys yang baru. Sampai lewat masuk tidur, ye la mata tak mengantuk coz terlalu asyik main dengan playsets tu. Saya yang gago2(sibuk) ambik gambar langsung tak dipedulikan. Tapi suka la tengok gambar candid diaorang, comel je rupa.
Tangan2 cute yang leka bermain :)
Chicky loves Pets..Qeisha punya. Saya pun suka tengok. Cantik kan..colourful. Kanak2 memang suka.
Oh ya, pada 06 Mei 2011 saya telah mengikuti program mengenai standard dan kepenggunaan di Pustaka Miri. Saya nak share @ maklumkan kepada rakan ibu2 sekalian yang belum mengetahui. Mulai 1 Ogos 2010 tahun lepas semua pengilang, pengimport dan pembungkus semula mainan kanak2 adalah wajib mendapatkan nombor rujukan daripada KPDNKK bagi setiap pengisytiharan yang dibuat sebelum membuat penandaan MC pada mainan kanak2. So, sebagai pengguna pastikan mainan yang kita belikan untuk anak2 kita ada penandaan MC. Sekiranya takde, mainan tersebut tidak selamat untuk kanak2.Selepas mengikuti program ni, semua mainan Shane & Qeisha yang tak pasti ada tanda tu @ tidak semasa membeli saya buang dah..so, u all boleh check lepas ni ya.
Aksi2 Shane & Qeisha...
MC is Malaysia Comformity(MC)
note:Blog ni makin jarang berupdate. Kadang2 memang takde idea & bz juga. Entry ni pun draft 2 days ago. Baru nak publish.hehe.Ada sedikit masa terluang saya akan melawat blog rakan2 & cuba buat entry ya. :)