Friday, December 23, 2011

Merry Christmas and Happy New Year 2012 !

I wish you all...Merry Christmas and Happy New Year 2012 !

I'd just like to wish you all a very Merry Christmas and a wonderful New Year.
"may all the sweet magic of Christmas compire to gladden your hearts and fill every desire...
Good Health and Happiness to you all "

and...

ok all...merry christmas!!!! ho ho ho!!!!
note: tahun ni xmas kat kampung husband...niat di hati memang nak celebrate kat kampung sendiri. Tapi dah berumahtangga ni kan, kena adil. mesti bahagi2, supaya takde yang merajuk?hehehe
pic : pinjam kat mr google..

Tuesday, December 20, 2011

Breakfast @ Toast House

Morning semuanya & happy Tuesday. Dah breakfast? Kami baru je balik breakfast kat toasthouse tak jauh dari rumah kami. Sekali sekala nak juga breakfast kat luar. Tapi tak la semestinya asal makan kat luar nak post semuanya. Ikut mood je la.. Saya minat breakfast kat toast house ni, coz banyak pilihan menu kegemaran saya dengan harga yang amat berbaloi. Ada seorang member yang sama class tutorial dengan saya bagitau yang laksa kat toast house ni sedap. Memang betul seperti yang dia bagitau kat saya, laksa kat sini memang sedap.
adik Qeisha breakfast with france cheese bread.

Kesukaan abang shane ialah France toast bread
Laksa sarawak  yang membuatkan saya terus jatuh cinta.... kesedapan laksa sarawak terletak pada sambal & kuahnya.
pic bawah tiada kaitan dengan post..
pic hari ahad lepas...shane duduk depan, mama & qeisha kat belakang..
oh ya, abang shane dah boleh duduk sendiri dan pandai pakai self belt sejak umurnya 3 tahun ++. Kalau setakat perjalanan tak sampai sejam dia boleh duduk diam with toy dia la.So tak yah susah2 pakai carseat lagi ya abang shane. Carseat mereka dua dah bagi cousin mereka dua pinjam dah.
Aksi adik Qeisha...self belt kat pinggang. Tapi kalau ada nenek ikut, of course duduk atas ribaan nenek je. Kalau mumy tak drive,kadang2 duduk atas ribaan mumy juga. ya la, qeisha kan adik..
ok all, bagi yang lom sarapan tu, sila sarapan ya..babaiiii

note : xmas menjelang tak lama lagi..tahun ni kami celebrate xmas kat kampung my husband

Thursday, December 15, 2011

I'm really worried about my exam results..

Final exam sem sept baru berakhir tadi...lega coz sem sept dah berakhir. Namun saya berasa risau dengan jawapan yang telah saya buat.Kertas hari ni, rasa macam yakin  saya jawab tadi. Tapi paper semalam seni dalam pendidikan, saya rasa memang tak yakin sangat. Tak idea betul menjawab soalan terutama soalan esei. Nak goreng pun tak de idea langsung. So saya keluar 1 jam awal dari dewan peperiksaan, coz tak tau nak tulis apa. Daripada saya merapu dan menyeksa diri memerah otak walau tak ada jawapannya, baik saya keluar kan. Saya berharap markah assignment dapat membantu untuk lulus subjek ini. Saya tidak sangka sangat topik muzik pula yang banyak keluar,saya lepas pandang nak buat revision topik tu. Pengajarannya, lain kali harus buat persediaan awal, betul tak?..
*Petang ini, nak keluar jalan-jalan dengan suami dan anak-anak bagi meredakan keresahan ini....
Saya berharap saya dapat lulus dengan baik nanti.amien..

Tuesday, December 13, 2011

Thank You to Nescafe Ais - Cara pasang fungsi Threaded Comment di Blogspot

Thanks so much to Nescafe Ais yang sangat baik hati membantu saya pasang Threaded comment kat blog saya ni. Blog beliau memang ada banyak tutorial ttg makeover blog, di samping beliau sendiri sedia membantu. Saya rasa ramai blogger dah tahu dan dah buat tutorial ni. Fungsi Threaded comment memudahkan untuk kita menjawab setiap komen yang telah diberikan pada sesebuah posting. Hanya klik pada Reply untuk membalas setiap komen tersebut dan komen yang di reply itu akan berada di bawah setiap komen yang diberikan oleh pembaca.  Pas ni, memang semangat tau saya nak reply comment. Kalau boleh semua nak reply, coz cmennt setiap posting bukan banyak pun. Saya mengaku bukan blogger tegar ya, ikut masa je buat bw. Untuk membina Threaded Comment pada bahagian komen blog anda seperti yang boleh di lihat pada bahagian komen blog ini. Sila singgah kat blog Nescafe Ais sini, biar lebih jelas ya dan u all akan jumpa lebih banyak tutorial, silalah pilih2 sendiri ya :)

Lalalala..happynya saya dah ada Threaded cmment ni tau...tu lah sebabnya nak sharing dengan u all pula. That's all... dan, doakan saya sukses dengan final exam sem sept yang bermula esok ya kawan2. Subjek esok ialah Seni dalam Pendidikan & English for written communication. Last paper hari khamis ialah subjek Masyarakat dan tamadun. Wish the best for me ya :)babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers