Saturday, June 23, 2012

Colorful Jelly @ agar2..

Hai semuanya..
Semoga u all sihat2 sahaja...banyakkan minum air di cuaca yang sangat panas ini.Harap2 la hujan akan  turun kan.Jerebu makin teruk ni..
Di waktu panas terik ni, kami layan la agar-agar yang berwarna-warni ni. Memang sesuai sangat kan. Rasa macam lama dah saya tak cerita pasal makanan @ dessert di blog ni kan.
Nyum2...jemput2 semuanya.Tapi cukup ke?ckit je tu.hehe..
Dua beradik sedang layan agar2..see shane, bukan nak terus makan.Sempat lagi dia susun agar2 tu.Budak2 kan..biasa la. ada2 je idea diaorang.
Geram tengok Qeisha menjeling abang shane macam tu..cute!

Teringin nak buat agar2 laici macam kat pic bawah ni
pic ni i cilok dari mr google..hehe
note: tengah tunggu mak siap buat kuih onde2 ni..:), my kazen pun baru sampai dari kch..

Wednesday, June 20, 2012

Rambut baru..

Sabtu lepas hantar dua beradik ni gunting rambut. Tak nak biasakan Shane berambut panjang, suka tengok dia rambut 'smart' cam ni. Bila amoi kat salon tanya gunting camana, saya kata gunting macam "smart boy"..& qeisha semestinya ikut style Dora la, itu kan memang idolanya,tapi saya suka juga coz dia comel macam dora juga.ya la, semua budak kecik kan memang comel..
After gunting rambut, bawa mereka dua santai2..minggu lepas ok la if  nak bawak budak2 keluar jalan2..tapi sekarang ni cuaca sangat panas. Beberapa hari dah tak ada hujan,mungkin katak malas nak panggil hujan kot, aduhai katak2 di luar sana..plz la panggil hujan, bandaraya miri dah mula berjerebu dah nie.Tersangat la panas, dah la miri memang panas.Bil letrik pula sepastinya melambung tinggi bulan ni, aircond on siang malam sekiranya ada kat rumah. Balik sekolah, shane selalu ajak singgah kat petronas, bukan isi minyak tapi nak singgah beli aiskrim..huhu 
Sometimes colouring book menjadi kesukaan shane, tapi mcqueen masih lagi di hatinya..
jeling apa la dua beradik ni...i tak ingat lagi.
ok all, hari2 makan roti, ada masa free i update lagi..:)

Saturday, June 9, 2012

Di sini rupanya..

Ku mencari-cari di manakah hilangnya remote aircond kat master bedroom kami beberapa hari lepas, tak jumpa2. Terpaksa guna remote aircond kat living room. Tanya shane & qeisha..masing2 tuduh menuduh.Then, malas saya nak cari, tapi saya rasa macam abang shane yang sembunyikan coz sebelum ni dia pernah sembunyikan lipice sheer color saya dalam freezer.very naughty rite? Tak sangka pulak dia sembunyikan remote tu kat tempat ni..semalam saya terjumpa bila nak simpan gelas2 kat dalam kitchen kabinet.
Bila Shane lihat saya terkejut melihat remote tu kat sini..dia gelak suka tau.kurang asam paya betul, patut la dia mengikuti saya, coz dia tau saya nak buka kabinet ni..hehe.kan dah terkena dah saya.Saya ambik gambar with phone dulu, baru ambik remote tu.Bila dia dah dewasa nanti nak cerita perangai nakal dia ni, siap ada bukti lagi i.
Sepasang adik-beradik ni memang suka sakat menyakat sampai berkelahi..mak saya kata macam saya dengan adik masa kecik2 dulu..hehe.ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan..

Thursday, June 7, 2012

Majlis 3 in 1

Pada 26 Mei 2012, jam 7.00pm bertempat di Musical Corridor 1 Eastwood Valley,1. Majlis sambutan Hari Guru 2012, 2. Majlis Persaraan Cikgu Sadiah dan 3. Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas SK Riam Batu Dua,Kem Sri Miri. Majlis Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rosey Binti Haji Yunus,Menteri Muda Pendidikan Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga.( Macam Berita Terkini pulak dah,,hehe)
Di sekolah:  Perhimpunan Khas sempena hari persaraan Cikgu Sadiah (PK1)..
pic atas : Bersarapan bersama cikgu Sadiah di pejabat guru( di belakang nun) attn to cikgu Naga: betul la pic ni i masukkan dlm blog :)
pic bawah kiri : Yang diraikan sedang menerima hadiah kenang-kenangan daripada setiap kelas..
Pic bawah kanan: Sayu je wajah cikgu Sadiah..kami warga skrb2 pun sedih juga..:(
Persembahan murid2 untuk cikgu Sadiah...
pic bawah: Kanak2 pra yang sangat comel...menyanyikan lagu "kaulah segalanya" Ruth Sahanaya...thanks so much to Memsumazz yang sangat kreatif menghasilkan "we luv u" itu..
Guru2 dan murid2 bersalam dengan cikgu sadiah..
pic bawah kiri : Diiringi sampai ke kereta beliau, kereta siap dihias macam kereta pengantin..
"Selamat Bersara cikgu Sadiah..
Jasamu dikenang dan namamu akan tersemat dalam ingatan kami semua"
"We love you"
meh, kita beralih ke majlis sambuatan hari guru peringkat sekolah dan majlis pelancaran sambutan jubli emas sekolah kami pula. 50 tahun dah usia our school rupanya..
Tema malam itu ialah : Pakaian Tradisional 1 Malaysia..so i pilih la baju tradisional kaum India (betul ke? @ baju punjabi?) ape2 je la..hehe,tak kesah sangat. 
pic atas kiri : me with jubli emas t-shirt after majlis rehearsal hari tu..
* pic atas kanan :Sebelum majlis..sempat posing dengan student dulu..
pic bawah : sesi bergambar bersama Yang Berhormat (berbaju coklat, bertudung putih duduk di tengah2 bhgn depan)
Posing jangan kurang okeh..
pic kiri bawah: with Imelda yang cute..my anak buah.. my SIL daughter
Antara persembahan tarian malam itu..sori Cikgu Do coz i cilok pic2 persembahan ni dari pica2 fb u.Masa tu segan nak pergi depan ambik gambar diaorang buat persembahan..coz meja kami agak jauh.
Selepas majlis..tak nak lepaskan peluang posing atas stage..
Pic bawah kiri : sempat bergambar kenangan dengan cikgu Sadiah & suaminya
pic bawah kanan: with cikgu Naga...dia kata i betul2 mcm india dengan baju tu..alaa kata la macam hindi pulak ya.hehe..takde la, i tetap bangga dengan race i sendiri la dan kita tetap 1 malaysia :)
Dan lagi...yang pasti, semuanya sangat bergaya masa tu..:)

note: Hari ni berehat di rumah saja...vacum umah, memasak dan mengemas itulah kerja saya hari ni, kul 4.30pm baru dapat on9. Kami 3 beranak je kat umah, mr hubby dah mula kerja hari ni, my mum masih di kampung. Saya sangat happy tadi coz shane & qeisha berselera sangat makan..dan lagi i happy coz my exam result sem jan is pass with flying colours! thanks God :):)...kejap lagi mr hubby balik kerja, nak bersiap-siap ni..coz dah plan malam ni dinner kat ???....babaiii...happy holiday again kepada rakan2 yang masih bercuti :)

Tuesday, June 5, 2012

Semasa majlis cabutan sijil simpanan premium hari itu..

hai all..
Tak terasa 5 Jun dah, next week habis dah cuti sekolah. Baru ada peluang nak update blog ni. Bercuti meraikan Hari Gawai di kampung saya selama seminggu. Baru balik 3 Jun hari tu..semalam memang keletihan sangat, mengemas rumah yang ditinggalkan selama 6 hari, then berehat bersama family di rumah sahaja.
*Entry ni sebenarnya cerita tentang cabutan sijil premium (BSN) 26 Mei hari tu, saya juz join mr hubby je. Enjoyed la juga, macam2 xtvt diaorang jalankan.
Place: Bintang Megamall Miri..
pic atas kiri: posing bersama kak Azah yang ayu, staf bsn.
pic atas kanan: mr hubby sedang bizi tu.hehe
pic bawah : Amy & Aly yang comel..
Antara xtvt masa tu..pertandingan karoake, bercerita,mewarna, cabutan sijil premium,tarian tradisional dan banyak lagi...
Dan...masa tu saya kan, jadi juri pertandingan bercerita..Juri terjun gitu.hehe
*about my hair style..this curl make me look so mature, luckily is temporary!hehe..ok la ya, nanti2 la i update lagi dengan cerita lain pula...
babaii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers