Thursday, September 30, 2010

Diet Semasa Anak Demam

pic shane demam 2 bulan yang lepas..
Apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan...

Mereka juga berada dalam keadaan lemah. Maka adalah penting anda memastikan anak-anak yang kurang sihat itu mendapat nutrisi yang baik untuk melegakan simptom-simptom demam, dan membuat mereka lebih selesa.
1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.

2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.

3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.


4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.


5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.


6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.
Bubur baik untuk anak-anak yang sedang demam, tetapi elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah.

Secara ringkas, antara makanan yang perlu diberikan adalah:
* Jus buah-buahan, air glukos, susu, air barli, telur, sup, bijirin, daging yang lembut, ikan bakar, sayur-sayuran berdaun yang direbus, buah-buahan kering yang dikisar bersama susu.

Antara makanan yang perlu dielak pula ialah:
* Mentega, minyak sapi, makanan bergoreng, pastri yang berlemak, puding yang berkrim, makanan yang terlalu pedas atau berempah, sup berkrim dan minuman yang terlalu berperisa.

* Jumpa info ni kat sajionline tadi.Nak share juga dengan u all,  specially yang ada anak2 masih kecil @ kanak2.Info ini tidak sesuai untuk anak yang masih bayi..

me,




Wednesday, September 29, 2010

Double Warmer Bag (tenderly)

look at me? cute kan.Double warmer beg (tenderly), shane dan qeisha.Sesuai untuk simpan susu masa travelling @ shopping. Murah jer saya beli. Ada 2 jenis warna sahaja, merah dan biru. Lebih suka biru..

ok, babaiii, tata titi tutu..

Tuesday, September 28, 2010

layan Cadbury zip + kartun

hi all
Petang ni lepas balik kerja duduk rumah je with my hero n heroin. Nenek mereka dua dah jalan2 with my brother n his wife.Saya bagi chance my mum release tension kejap jalan2.So,kami bertiga layan cadbury zip dan kartun ler. si dady pula keja office hour, belum balik lagi..
anak bujang dan anak dara saya tengah mamam cadbury zip (Vanilla Flavoured Wawfer In Milk)  .Mumy pun join sama juga.

Shane suka sangat, sekejap jer dah habis. Si hencem mumy ni makin nakal dan semakin bijak. Dia akan duduk elok2 bila layan favourite kartun nya jer.

si comel qeisha mamam cadbury zip.Mulutnya makin becok macam mulut murai. Suka sangat menyanyi-nyanyi.Sebutannya jelas,macm2 kids song dia suka nyanyi...if qeisha nyanyi alphabet sounds memang lucu sangat.:)
ok that's all..babaiii.

Sunday, September 26, 2010

7 Fakta Menarik Baju Daging Lady GaGa

Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu diperbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli

Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .


2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.


3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.


5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?


6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?


7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih

* macam2 kan...kita lebih suka pakai baju 100% cotton.jauh lebih selesa..
sumber:murai.com

Friday, September 24, 2010

masing2 tak nak mengalah

Hi all ..dalam minggu ni rasa malas nak on9 lama2. Nak updates blog pun liat juga. Saya ikut pengawas peperiksaan UPSR, boring sangat2 macam security jer, jaga student sedang ujian.
Entry tentang dua buah hati saya yang semakin nakal dan suka berebut toys. Masing2 tak nak mengalah....

Sebelum ni Qeisha selalu mengalah dengan shane, sekarang ni  dia tak nak kalah dan pandai merajuk berlari masuk ke dalam bilik dan menangis kiranya shane ambil toys dia.
Shane abangnya pula memang suka menyakat qeisha, tengok adiknya marah lagi la suka menyakat.
Shane tokkk!!!! shane said
Qeisha answer: Eisha tokkk!!!!
kadang2 pening/pusing juga dengan karenah mereka dua
* Shane makin suka tolak2 qeisha..apalagi menjerit dan berlagu lah si adik
muka 'congek' qeisha. Muka merajuk dengan shane la nie...
"luv my kids very much
tataaaa....

Tuesday, September 21, 2010

Majlis ramah tamah aidilfitri 2010

eNtRy RaYa LaGi????
Majlis ramah tamah aidilfitri last week di sekolah. Agak meriah juga ya, turut dihadiri para ibu bapa murid2 Tahun 6.
Sempat posing depan stage..apa2 aktivit sekolah akan diadakan di Galeri Ilmu ini.Cantik juga hiasan stage ni.suka tengok purple colour

Ada bermacam-macam juadah, guru2 tengah memilih hidangan yang ada. Saya memang suka lemang + rendang.Kenyang sangat time ni.Oh ya ada cheese kek special sponsor daripada GB time ni.

Antara persembahan murid2 pada majlis tersebut.Ramah tamah aidilfitri sekaligus dengan sambutan Hari Malaysia.

*tujuan utama mengadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan perhubungan persaudaraan yang berkonsepkan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


ok all nak blogwalking pula pas ni.babaiii

Saturday, September 18, 2010

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

Hi all..juz 4 sharing ya

1.Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

2. Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

 It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

3. Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

4.Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name

5.Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

6. Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

7. Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.


provided by:ConsumerReports

Tuesday, September 14, 2010

NgAbAnG RaYa

Happy Tuesday 2 u all..
Entry about ngabang Raya bersama husband dan member2 sama staf dengannya. Konvoi ngabang ke rumah staf sama kerja dengan husband yang meraikan Hari Raya. 1 Malaysia kan, so amalan ziarah menziarahi di waktu perayaan itu adalah satu amalan yang baik. Layan pic2 kami..
Hari Raya pertama pergi 4 buah rumah.Shane,Qeisha dan nenek mereka berdua join sama2.Qeisha sampai tertidur..ciannya
*pic atas, Shane sempat posing dan ambil sendiri kerusi kecik tu
*Pic bawah: bergambar bersama tuan rumah

Sedang menikmati hidangan...suka rendang dan lemang. Tengok tu berselera kan??
Ada bermacam-macam jenis kek dan biskut

hmmm ini pula ngabang raya ke-2, masing2 ada pasangan. Shane dan Qeisha tak ikut time ni.
Ada 5 buah rumah kami pergi. Memang meriah dan seronok...konvoi 5 buah kereta..

*Bukan sekadar nak makan2 saja ya ziarah menziarahi semasa Raya, yang paling penting ialah 'visit' dan mengeratkan tali silaturrahim.

*Amalan 'ziarah' membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Jadi dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim. (chewahhh...)
Thats all..babaii

Saturday, September 11, 2010

Layan steamboat @ mommyLola house

090910 adalah anniversary saya ngan husband. Awal2 dah plan nak keluar dinner berdua saja. Kebetulan kena masa cuti raya dan cuti sekolah. Nak dinner berdua saja, cuba buat kelainan dari tahun lepas..
Terpaksa ditangguhkan ya kerana kebetulan kakak ipar ajak makan dan berkumpul ramai2 di rumahnya, kebetulan ibu dan bapa mertua ada datang dari kampung. So, makan steamboat la kami ramai2..itu lebih penting kan.Dinner tu boleh ditangguhkan buat sementara waktu...(tak merajuk punya)
mummy imelda(kakak ipar) punya resipi.... sup tomyam & ayam. Budak2 suka jagung manis.

Makan ramai2..udang memang my favourite.Boleh tahan juga...tengah berasap tu.Oh ya,birthday kakak ipar (mommy Lola) saya juga hari ni.Birthday dia sama tarikh with our anniversary .Kiranya celebrate bday dia la nie.Pic atas sekali yang memakai baju black colour.

Jangan berebut-rebut ya, masih banyak lagi. Nampak happy diaorang ni layan steamboat. Tengok tu, semua pilih tom yam sup. Pedas dan menyelerakan.
Anak2 enjoy dapat bermain dan makan sama2. Qeisha dan shane suka jagung manis sahaja.
Nakal sememangnya la..tak apa janji tak bergaduh jer kan.

*Layan steamboat ramai2 baru beshh...(bukan selalu) lebih berselera dan lebih meriah. Tak gitu ya???
*ok, nak pergi ngabang raya lagi, semalam konvoi 5 buah keta ngabang pergi rumah staf2 sama kerja ngan husband.babaiii

me,

Thursday, September 9, 2010

We have been married for 5 years

That special day is here again ....
Through passing time, our love still grows,
A caring relationship to explore;
Our life together gets better and better,
And I keep on loving you more and more..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...bagi semua yang meraikannya

Nice???
  • Di kesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya kepada cousin saya di Selangor, semua rakan blogger dan rakan2 fb yang meraikannya.
  • Semoga berbahagia bersama family tercinta, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan
  • Semua warga SK Riam Batu Dua yang menyambut Hari Raya..
  • Happy Holiday n Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin.
  • drive safely ya bila balik ke kampung halaman
* That's all
me,

Monday, September 6, 2010

BBQ + bersantai @ Taman Selera

Happy monday 2 u all.
Happy holiday kepada semua yang tengah bercuti. Suka cuti coz boleh meluangkan masa bersama anak2 dan family. Hari Sabtu bersantai dan bbq di taman selera. Mula2 kakak ipar request bbq di rumahnya, my husband request kat taman selera. Dipersetujui, dan menjadilah plan nak bbq sambil bersantai with family kakak ipar. Very happening!
bbq sambil makan2...suka sangat udang. Lola n family siap dirikan khemah lagi
4 orang pakai baju merah time ni, macam sepakat pulak.
*Bel with mumy n dady...5 bln lbh saya rasa, very sporting tak de merengek-rengek.comel..

Kanak2 riang...semuanya comel2 belaka. Bergembira dalam khemah, menyanyi-nyanyi dan menari
*Shane very happy n so naughty...hangin betul saya dibuatnya, berguling-guling dan berlari-lari tak reti nak break sampai terjatuh. Saya terjerit-jerit panggil tak dipedulikan. Akhirnya saya yang terkejar-kejar sana sini.  Memanglah kawasan tersebut sesuai untuk bermain dan berlari tapi cara dia agak bahaya. Aduhai shane, very hyperaktif. On the way balik rumah, tertidur dalam keta coz terlalu letih.Sebelum tertidur habis susu dan air ribena yang saya bekalkan, haus letih bermain. Qeisha ok jer...asyik berkepit ngan neneknya."hug2 saja2"

*ok that's all ya
babaiii...nak melawat blog rakan2 blogger yang lain pula.

Sunday, September 5, 2010

Play-Doh kids

Happy Sunday 2 u all..b4 pgi church sempat publish draft post semalam ni..:)
Shopping beli play doh kat toysRus kat Bintang Megamall. Shane dan Qeisha suka sangat. First time mereka dapat main play doh ni. Tengok saja reaksi mereka berdua main sama2. Saya ajar sebut 'play-doh' dengan mereka dua. Agak susah Qeisha nak sebut...dah selalu shane sebut baru dia dapat ikut.'pelay duuh'.so funny.

Shane tak sabar2...tak nak share ngan Qeisha...mumy marah baru tau takut.Kalau pujuk, alamatnya tak layan lah shane.Memang boleh tahan tahap berkiranya..
*Beli basic colour jer, red,blue,green and yellow.

Play-doh fun with numbers...dua pasang tangan comel sedang sibuk menguli dan menekap nombor.
Asyik sungguh anak2 comel saya..sambil tu saya perkenalkan colour juga.
*

*

Hasilnya....

3 + 2 = 5
1 + 3 = 4
Atas bantuan mummy....Qeisha suka red colour. Shane pula sibuk nak campurkan semua colour tu. Terhibur juga saya melihat telatah mereka berdua. Sememangnya Shane dan Qeisha penyeri dalam family kami..

p/s Pastikan kita mengawasi anak2 semasa mereka bermain specially budak under 3 years. Play-doh tu colourful dan lembut, takut mereka masukkan ke dalam mulut kan. So,mesti ada orang dewasa yang menemani mereka bermain..

Jumpa kat mr google also..
The benefits of play-dough

•Helps to strengthen little fingers, hands and wrists.
•It's fun.
•It is one of the best open ended toys I know - play-dough can be anything - food, animals, bowls, shapes etc.
•It helps to foster your child's imagination.
•It helps children develop self esteem -there is no right or wrong and the child has the opportunity to gain mastery over their environment.
•It is a great release for tension or angry feelings - squeezing, punching, poking are all acceptable if done to playdough.

Thats all...

Friday, September 3, 2010

cendol + rojak kuih

Hi all...
Siapa suka cendol?? angkat tangan..
Minggu lepas pergi makan cendol dan rojak kuih kat salah sebuah kedai di Jalan Bintang,Miri. Memang famous dengan cendol, rojak buah, rojak kangkung dan rojak kuih. Sangat sesuai dikunjungi di waktu petang dan masa cuaca panas.Tolong promosi pulak dah ni, hebahkan kepada peminat cendol macam saya ya

Nampak enak kan? Suka sangat rojak kuihnya (tauhu+keladi+ubi kayu) semuanya digoreng, sedap dimakan panas2.
Ada banyak pilihan...saya suka cendol+susu @ cendol special.Harganya pun berbaloi-baloi...

Qeisha tak sabar2 nak makan cendol.(pic tak clear, captured with phone). Dia makan sikit je...Shane tak ikut time ni, dia asyik layan Thomas & Freinds. Pandai pilih dvd sendiri dah...dia pilih backhom dan thomas & freinds

My hubby pun peminat cendol...Sporting jer bila kita captured pic nya.

Sejarah cendol..jumpa kat mr google..
* Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani).  Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

*baru tau la ceritanya..

Babaiii..

Lovable bloggers award!

tq so much my fren mommyYen  http://darlingnathaniel.blogspot.com/2010/09/double-award.html coz bagi award yang cute nie.Lovable bloggers award yang cute.Suka..

Ada satu lagi....

very nice kan????
ma kaceh banyak2 ya mommyYen...

ok, nak pas award ni kat rakan2 blogger pula...harap happy dapat award ya..
Rakan blogger yg dapat award ialah...
*

*

*





* Rasa macam nak pas ngan semua follower saya...award ni untuk rakan2 semua ya. U all very nice blogger..

babaiii
me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers