Tuesday, November 30, 2010

simple breakfast

hi all, entry tentang bfast awal pagi tadi..just simple breakfast ya.Walau menunya tak sehebat mana, tapi saya nak post juga coz suka tengok aksi anak2 saya berselera makan.
mamam mee daddy jer,mereka berdua bersemangat bukannya apa,disebabkan suka menyuap sendiri.Tak berapa suka kita suapkan.Saya biarkan, biar mereka belajar berdikari.Saya tak kisah mereka makan bersepah, proses belajar kan
Shane kalau makan mee dia suka, tapi nasi agak susah nak bagi dia makan.Dia ikut mood saja nak makan nasi.Dia akan cepat2 minta susu kalau kita nak bagi makan nasi.Helah dia la tu. Qeisha senang sikit, tak berapa memilih.Nasi goreng pun dia suka, tapi tak berapa berminat makan roti @ bun.
Ini mama punya ya, baked beans in tomato sauce & scramble egg (mix eggs with a little milk,butter and mix again as they are being fried).simple jer.bagi mamanya bam bam sikit cuti nie.hehehe.si daddy dah turun kerja time kami breakfast, ye la bangun lambat ckit time cuti ni kan.

*ok, that's all..babaiii.

Sunday, November 28, 2010

Di Taq "Kids & Baby Photo Contest"

contest Kids & Baby Photo Contest" dan

di TAQ oleh kakieda.tq 4 tagged me ya

Gambar yang saya pertaruhkan ialah....

*


*


*


*


*


*


*
My daughter Saleisha Qeisha.

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..
-oredi
2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)
ok saya nak tag mommyYen,izan,kakimun,missmirror,ena,alida,ana,cikpuanakish
3. letakkan banner contest di sidebar anda.
-ok..
4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..
-oredi, gmbar anak saya
5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.
ok..
6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.
-sudah
7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.
-ok..
tarikh tutup sehingga  15 DISEMBER 2010 .
hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

Saturday, November 27, 2010

mykids- masa masih baby lagi..

holllaaaaaa..baru saja lepas minum petang ni.U all dah minum petang ke? Kedua-dua buah hati hati saya tengah nyenyak tidur petang ni.Boring2 on9,terlintas nak lihat pic2 anak2 masa masih baby dulu.Tersenyum sendiri saya melihat bermacam-macam aksi anak2 bergambar masa kecil.Terasa masa begitu pantas berlalu..kini Shane sudah pun berusia 3 tahun 3 bulan, manakala Qeisha 2 tahun 3 bulan.
Suka sangat pic nie..shane 7 months masa kami pergi bercuti ke KK. Best sangat..next time nak pergi bercuti ke situ lagi. Saya selalu pakaikan shane 'bib' coz dia selalu keluar air liur masa ni, biasalah nak tumbuh gigi. Saya bagi Shane breast feeding 6 months sahaja coz saya pregnant kan qeisha.
Ini pula Qeisha saya..4 months. Very chubby kan, mana tak full breastfeeding masa nie.Geram saya tengok pic qeisha ni.Jarak kelahiran Qeisha dengan shane cun2 setahun, ya ada saya nyatakan kat older post saya, Shane lahir 01/08/07 manakala qeisha 02/08/08. Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini.Kehadiran sepasang cahaya mata ini begitu bermakna dalam keluarga kami.
Sengaja saya cari pic yang pakai baju sama...shane sangat sayang adiknya. Walau selalu kelahi berebut toys, mereka dua tidak mahu berjauhan.Sekiranya seorang tidur, seorang akan tercari-cari..Semoga anak2 mama
membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak pandai.amien..

*Hari ni berehat di rumah sahaja, malas nak jalan2.Semalam balik lewat dari rumah kakak ipar, makan berkumpul ramai2.Dekat pukul 1am sampai umah.Shane dan qeisha pun lewat tidur..ya lah bangun lambat hari ni, kul 9am baru bangun.that's all...nak menjenguk u all pula..bye :)

Wednesday, November 24, 2010

Rakyat Malaysia popular di Internet

Morning all, saya terbaca artikel varia nie kat kosmo.Nak share dengan u all tentang artikel ni.Macam menarik dan ada kebenarannya .DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
RAKYAT Malaysia kurang mementingkan soal privasi apabila berkenalan dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.
 "Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
PLATFORM Twitter sudah popular di Malaysia manakala di Jepun, ia masih baru.

Di beberapa negara di Asia, kekurangan kebebasan media juga telah mendorong kemunculan blog dan laman rangkaian sosial yang membolehkan pengguna bertukar-tukar maklumat secara bebas.
 Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal sem Penduduk
Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.
Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang.
Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.

"Kami suka bertemu dengan orang dan kami juga menyukai konsep rumah terbuka seperti majlis keramaian Krismas, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
 "Kami telah mengambil konsep rumah terbuka dan meletakkannya dalam talian. Sesiapapun dijemput ke rumah terbuka anda, maka sesiapa sahaja akan dijemput untuk menyertai senarai teman Facebook anda," katanya.

*Entahlah, saya pun rasa kita memang kurang menitikberatkan soal privasi di laman sosial termasuk saya.Tak apa la ya bak senikata lagu Limkokwing '1 Malaysia'.."Membina masa hadapan,Menuju kejayaan,Kita semua rakyat Malaysia, Harmoni, saling menghormati.."Gunakan blog,FB,platform twitter ke arah kebaikan.Elakkan kutuk-mengutuk,share isu kat status FB yang boleh menyinggung perasaan kawan2,menyentuh isu2 agama & perkauman.
sumber:kosmo.online

Monday, November 22, 2010

As we journeyed bintulu,sibu & julau

Hi all..happy holiday kepada semua rakan2 yang sedang bercuti masa ni. Mesti ramai yang plan melancong cuti hujung tahun ni. Kami tak tau lagi,belum ada plan nak pergi mana2. Semalam baru saja balik menghantar nenek shane dan qeisha(my mum) pergi balik bercuti ke kampung halaman saya. Sedih rasanya bila terpaksa berjauhan walau hanya sepanjang cuti sekolah ni je.Pic di bawah adalah sepanjang perjalanan dari miri ke sibu.
Shane dan qeisha sangat happy, sangat nakal ya..asyik pindah2 jer tempat duduk.Kejap nak duduk depan,kejap nak duduk ngan nenek dan aunty mereka di belakang.Kadang berebut-rebut nak duduk depan.
Tengok la tu,kejap shane duduk ngan mumy,kejap qeisha.Saya layan jer..asal tak bergaduh.
Best juga guna commonrail turbo hilux D-4D nie untuk long- journey.Tinggi lagi tu.Saya tak de ganti my hubby drive, tak biasa bawa keta tinggi.Auto lagi,biasa bawa yang manual saja.Sebenarnya auto lagi senang..tapi takut nak bawa d-4d nie,belum biasa.Tapi sebenarnya saya lebih berminat dengan mpv car.:) dan lebih selesa drive kancil & persona.
Take a time ya...sempat singgah dan lunch di Bintulu. Hong Kong pau tetap menjadi pujaan hatiku.hehehe..sedap dimakan panas2.My hubby suka ayam goreng tu.My hero & heroin sangat happy masa jalan2 kat 'farley'..wajib beli toys.Shane dapat trains complete ngan railway sekali, qeisha pilih colourful elephant.Hmmm badan tecik jer tapi suka elephant.
Pic Shane dan qeisha tidur...sunyi je rasa time mereka sama2 tidur.Bila bangun, mulut terus becok ya.
1 malam je kami kat Sibu, stay kat my cousin house.Kebetulan uncle ada datang dari kampung...tak ada masa nak captured pic ramai2..coz masing2 asyik bercerita dan makan2.Ya la...lama tak jumpa.Sebelum balik miri, tidak ketinggalan breakfast kat pasar julau.(member2 dari julau mesti tau kedai makan paling famous with kolo mee)
That's all...ada la jugak post hari ni ya kawan2.sori sekiranya post nie..entah apa2.

Friday, November 19, 2010

Khasiat yang tidak diketahui

 
RAMAI yang beranggapan viagra merupakan ‘talian hayat’ bagi menyelesaikan masalah seksual kaum lelaki. Bagaimanapun, selepas membaca artikel ini, mungkin persepsi itu berubah. Tidak ramai orang mengetahui bahawa buah mangga juga mempunyai ‘kehebatan’ yang setanding viagra.
        Kenapa? Mungkin sebelum ini, ramai yang sekadar menikmati keenakan mangga tanpa menyedari khasiat yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya, buah berwarna kuning keemasan itu boleh membantu seseorang memperbaiki aspek kesihatan yang berkaitan dengan fungsi seksual
       Rahsia tersebut didedahkan oleh Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Tan Yen Sing yang membuat pembentangan dalam sebuah kempen kemasyarakatan, Kesihatan itu Kekayaan, yang telah dilancarkan syarikat MBG Fruits baru-baru ini.
HANSEN (kanan) dan Jojo menjaga kesihatan mereka dengan pengambilan buah-buahan yang kerap.

Tambahnya, kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.
Manfaat kesihatan

Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.
  •  “Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida
  • Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.
Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.
Yen Sing mendedahkan rahsia buah pisang kaki yang membantu masalah sembelit dan cirit-birit.

- Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
EPAL bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah mampu mencegah kenaikan berat badan dan seterusnya mengelakkan gejala obesiti - Gambar hiasan
Dalam pada itu, Hansen pula menasihatkan orang ramai betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia penting untuk permulaan hari.

“Tidak perlu bersusah payah memasak menyediakan sarapan pagi, cukup sekadar menjamah semangkuk bijirin oat bersama madu dan kismis serta susu,” ujarnya.

* mangga,pisang,kismis dan epal senang saja didapati.Harganya pun murah sahaja.So, boleh lah kita sama2 amalkan pengambilan buah setiap hari untuk kesihatan yang baik ya kawan2.
info from :kosmo.online

Thursday, November 18, 2010

kursus peningkatan profesionalisme literasi ict guru2

Morning all...harap semuanya baik2 saja. Mulakan hari anda dengan senyuman. Beberapa hari dah tak ada post & blogwalking. Saya ada kursus di Sibu, bukan tak de line tenet ya,tapi masa amat terhad.Entry sepanjang berkursus di Sibu..
Place :Paramount Hotel, Sibu
Date : 14-16 Nov 2010
Right pic : with my roomate kat sibu,kak Mai yang ayu.
Penginapan dan makanan ditaja oleh KPM.
Member2 dari Miri, 6 orang kami semuanya. Peserta kursus ada 126 orang, dari bahagian Sarikei,Meradong, Julau, Mukah dan Sibu.
Suasana semasa berkursus,masing2 tekun melayari internet. Saya agak boring dengan line tenet yang slow, coz terlalu ramai pengguna dalam satu masa.Saya paling suka slot 'movie maker', sebelum nie agak kureng nak buat semua tu.Saya juga ada bertemu dengan 3 orang rakan lama classmate masa form six di Meradong dulu,seorang classmate kat maktab. Happy dapat bertemu dengan mereka. Mereka kata saya tak berubah, masih macam seperti dulu, cumanya bertambah berisi.hehehe
Makan2 time..with geng2 dari Miri.They r very sporting.Ada sedikit masa terluang kami berempat ni jalan2 saja kat bandar sibu. Yang bestnya kat Sibu, harga barang lebih murah berbanding kat miri specially kain.
Ole2 untuk dua orang buah hati saya Shane dan Qeisha...mumy beli story books je. 2 hari berjauhan ,tersangat lah rindu...

@ Banyak juga pengalaman dan pengetahuan baru selepas menghadiri kursus ini. Terima kasih kepada pihak KPM yang berusaha dan prihatin dalam meningkatkan profesionalisme guru2 di Malaysia..kami hargai semua itu.babaiiii

Friday, November 12, 2010

Shane & Qeisha @ bookshop & colouring @ kfc

Ahad lepas bawa Shane dan Qeisha shopping kat boulevard hypermarket, pergi kat bookshop. Selalunya serbu toysRus, kali ini saya cuba elakkan. Niat di hati nak melatih mereka berdua lebih berminat dengan buku berbanding toys.
Masing-masing sibuk memilih colour pencils & colouring book. Semua nak sama, kecuali colouring book tak sama, coz shane pilih car colouring book. Shane favourite tu,qeisha pilih yang cantik jer
Gelagat anak-anak saya pilih memilih, mulut pun becok juga.Tengok cantik,lepas yang dipegang..tecik2 dah pandai rambang mata.Geli hati saya tengok,"wow, cantiknya!"said Shane tengok car  pencils case tu.Akhirnya saya beli colour pencils & colouring books saja untuk mereka berdua, sungguhpun masih banyak lagi colour pencils mereka kat rumah.Then, kami pergi makan kat kfc.
Sementara menunggu dady mereka berbaris order makanan, Shane mewarna dengan tekunnya. Suka bulu mata shane yang lebat tu. Lega saya, at least mereka dua tak bergaduh dan boring tunggu hidangan.
Haaa...my little princess belum pandai pegang pensel lagi, tapi tetap berusaha mewarna tengok si abang shane mewarna. Qeisha tak nak kalah..berusaha mewarna walaupun hasilnya cincai buncai. Mama hargai juga, itu hasil daripada kreativiti & estetika anak2 tersayang...
*Dalam hati nie, risau nak pergi berkursus kat sibu Ahad ni.Tak biasa berjauhan dengan kedua-dua buah hati saya nie.Walaupun ada my hubby,my mum & adik ipar jaga...harap semuanya ok.

Ok, thats all..nak lawat u all pula ya.

Tuesday, November 9, 2010

Shane milestone


Shane : 3 tahun 3 bulan 7 hari
Shane milestone:
Berat : 14.5 kg
Tinggi: 95cm
Susu : Nespray mix flavour- honey @ original
Food : mix diet @ family food
Fave drinks : ribena, jus buah,vitagen,solitive & minuman berais
multivitamin : appeton taurine (for healthy growth)
Shane fave : pocoyo,roary the racing car, thomas & his freinds,dibo2,mickey mouse,my little star,kiddy network,ultraman cosmos,asarichan, 611 channel & asal jer kartun semuanya minat orang bujang nie.
Clothes : kikilala, anakku, babykiko, just a kids, Peter Rabbit ( suka 100% cotton)

- hmmm ni memang peminat thomas & his freinds, suka nyanyi lagu tu walaupun
cuma tau sebut thomas & his freinds...shane sendiri yang pilih dvd tu. Dvd backhom saya letak balik coz tak mau shane tengok kartun yang b---h tu.hehe
-Suka sangat coklat
-Tak berapa suka makan nasi, lebih suka western food like bread,bun & salad.huhh!
-Suka makan buah-buahan
- Makin pandai berbual, sampai tak terlayan dengan bahasa rojaknya
-Dah pandai mengalah dengan adik dah :)
-Dah pandai bagitau if nak buang air kecil, & air besar.pandai guna potty dah.sekejap jer training. But, sebelum tido saya pakaikan juga pampers..
-Gila segala macam jenis 'car'
-Suka xtvt colouring, walau kejap jer
ehemmm dah pandai pakai sendiri selipar dah abang shane sayang nie. Dia nak main kat luar with toddler car la tu @ panggil anak jiran kat depan rumah..seriusnya shane kat pic nie
sayang shane selalu...luv u sooo much myson !!!!!

Saturday, November 6, 2010

kursus peningkatan profesionalisme guru pra2010

2 hari mengikuti kursus..
Date: 04 - 05 Nov 2010
Place : Park City Everly hotel
With frens @ tutorial room ( blurr jer, captured by nokiaE72 )
Ada 6 slot kursus2 yang kami ikuti sepanjang 2 hari tersebut.Antaranya ialah 1.  Pengurusan pra & peranan guru, peranan PPM pra , 2. ABC of children art, 3. Equip basic abilities of skills through creative music activities, 4. strategies for teaching preschool music, 5. Pengurusan kewangan dan aset, 6. puppet making. Memang seronok mengikuti xtvt grouping.

Hasilnya...puppet making. Ikan saya paling tak cantik, but cute jugak la.hehehe
* Banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini. Bagi saya, kursus peningkatan profesionalisme guru ni sangat penting bagi membantu meningkatkan kemahiran mengajar.

Thursday, November 4, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Hi all jumpa kisah ni ka FB..shared salah seorg rakan d fb.Betul2 menyentuh perasaan, terutamanya yang sudah bergelar ibu & ayah.Hayati bersama & jadikan pengajaran..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak2 kita dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


Tuesday, November 2, 2010

Qeisha milestone

Qeisha :2 tahun 3 bln 1 hari
Qeisha milestone:
Berat : 11kg
diapers: size L
susu : Nespray (mixflavour honey @ original)- 2 bln dah tukar, b4 this dumex dugro
Food : mixed diet @ family food
fave drinks : ribena, vitagen, solitive
multivitamin: appeton taurine (for healthy growth)
qeisha fave : kids song,alphabet sounds,my little star, kiddy network, dibo,mickey, doraemon, hi-5,611 channel
Clothes : anakku,babykiko,puppywink,kikilala,
-suka teddybear
-Makin petah berbual-bual..
- Setiap kali nak nenen, mesti cari pillow & blanket n said "ka yea2" ikut abg shane
-Suka menyanyi & menari, lagu twinkle2 little star hampir hafal,
-dah kenal basic colour red,blue,yellow & green
-Dah pandai count 1-10 & , abc belum kenal semua..suka hati jer dia sebut huruf yang kita show dgn dia. Tapi dia dah pandai sebut abc fun, a-apple-,z-zebra
-Dah tau sebut & show part of the body ckit2..eye, nose,hair,ear,finger,hand,teeth,mouth,tounge,leg
-Bila abg shane rebut toys, qeisha said "sama2 k"-dady ajar
-Time ikut shopping, suka sebut nama benda2 yg dia tau & bagitau dady n mumy .so clever..
-Dah pandai buang sampah kat dustbin, boleh diarah ambil losyen dia sendiri
-Sangat manja ngan nenek & her aunty also..
-Tak mau kalah ngan abang shane dah...

my little princess.....luv u so much!!!

***selalu cuba nak amik video qeisha nyanyi2..but, setiap kali tengok mumy nak amik video dia akan berhenti menyanyi dan lari2...frustnya mumy.Next entry abg shane milestone pulak ya...:)

Monday, November 1, 2010

MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia

eNTry about 'kesihatan'. Suka tak makan buah pala?

NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi.
MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia
* Insomnia adalah kesulitan untuk tidur atau kesulitan untuk tetap tertidur, atau gangguan tidur yang membuat penderita merasa belum cukup tidur pada saat terbangun.
* Insomnia bukan suatu penyakit, tetapi merupakan suatu gejala yang memiliki berbagai penyebab, seperti kelainan emosional,kelainan fisik dan pemakaian obat-obatan.
*Sulit tidur sering terjadi, baik pada usia muda maupun usia lanjut; dan seringkali timbul bersamaan dengan gangguan emosional, seperti kecemasan, kegelisahan, depresi atau ketakutan.
Kadang seseorang sulit tidur hanya karena badan dan otaknya tidak lelah.

EKSTRA:
 Penyelidik dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Peggy Mason, memberitahu coklat mampu merangsang sistem otak yang mengawal bahagian sedar individu yang dapat mengurangkan rasa sakit. Kandungan favanols dan flavanolds yang terdapat dalam coklat juga membantu mencegah penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi serta jantung.

EKSTRA 2:
Kajian Leningrad Scientific Conference mendapati sarang lebah propolis kaya dengan vitamin A dan B2. Ia juga mengandungi semua vitamin (kecuali vitamin K) dan 14 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ahli kimia Britain, Prof. Arnold Buckett pula menjelaskan sarang lebah memiliki banyak khasiat lain eperti antikulat, antibakteria dan antivirus

note: Suka baca info tentang kesihatan. U all sudi-sudilah juga sharing bermacam info yang dijumpai dan diketahui untuk pengetahuan kita semua.ok, babaiii nak melawat u all pulak..
sumber:kosmo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers