Saturday, December 31, 2011

Countdown to the New Year 2012 at Mukah

Tahun ni meraikan New Year kat Mukah. Ingat nak balik Miri tadi, tapi takut sampai akhir sangat kat Miri. Nak bertolak tengahari tadi, my hubby masih belum cukup rehat coz kami sampai mukah awal pagi tadi. Perjalanan mengambil masa 6 @ 7 jam. So, i suggest balik esok je. Tujuan ke Mukah mengambil my BIL balik ke Miri. Dia telah tamat pengajian kat Politeknik Mukah. Barangnya sangatla banyak, saya rasa belakang hilux kami pun belum pasti cukup @ tidak.Harap2 cukup la, motornya lagi. Mesti seronok dia coz dah berjaya menamatkan pengajiannya.all the best for him!
Maybe kami join countdown kat mukah ni je, tak jauh dari hotel penginapan kami. Mesti Shane & qeisha seronok menyaksikan pertunjukkan bunga api nanti :). Dimulakan simpe dinner kat seafood restaurant nanti..
Ok all saya sangat tertarik dengan New Year wishes ni...untuk u all ya

"New year is the time to forget every bad memory of the past year and start your life afresh. So, get up and hug a friend with whom you had a fight lately, get up and hug you parents and promise them you will not hurt them anymore, give a self hug and promise to yourself that come what may you would remain truthful to yourself, hug a poor kid and tell her that she is not alone, Help the needy and abolish the greedy from your life. So, just forget all your grudges and send these wonderful new year wishes to your loved ones. Cheers to 2012!"

note: 4 Januari 2012 Shane mula sekolah dah. Semua barangan persekolahan dah ready dah. Semua nak yang jenama chuggington.

Wednesday, December 28, 2011

xmas jamming 2011

Hai all..
about : Celebrated xmas kat kampung Tinjar Lamah, Baram.
Layan pic saja ya, post express ni.
Christmas tahun ni kat kampung hubby agak meriah coz ada set muzik untuk nyanyian lagu2 persembahan & xmas.
Shane tak lepaskan peluang...hehe
Kumpulan muzik dari Tunas Bangsa (Nada cinta).haha.Jangan mare ya.ok all

note: nak cepat ni, stay out kat umah my SIL coz esok saya ada mesyuarat staf 1 2012. Tak ada orang yang jaga anak2, minta tolong anak buah hubby yang jaga. Mak saya belum balik lagi dari kampung, sepatutnya hari ni mereka balik. Saya dapat tahu disebabkan masalah banjir...bukan kampung saya yang banjir ya, tapi jalan laluan untuk mereka ke hometown yang banjir. Melihat gambar yang diupload kat fb tadi, memang teruk la my hometown dilanda banjir. Diharap semuanya kembali pulih esok..

Friday, December 23, 2011

Merry Christmas and Happy New Year 2012 !

I wish you all...Merry Christmas and Happy New Year 2012 !

I'd just like to wish you all a very Merry Christmas and a wonderful New Year.
"may all the sweet magic of Christmas compire to gladden your hearts and fill every desire...
Good Health and Happiness to you all "

and...

ok all...merry christmas!!!! ho ho ho!!!!
note: tahun ni xmas kat kampung husband...niat di hati memang nak celebrate kat kampung sendiri. Tapi dah berumahtangga ni kan, kena adil. mesti bahagi2, supaya takde yang merajuk?hehehe
pic : pinjam kat mr google..

Tuesday, December 20, 2011

Breakfast @ Toast House

Morning semuanya & happy Tuesday. Dah breakfast? Kami baru je balik breakfast kat toasthouse tak jauh dari rumah kami. Sekali sekala nak juga breakfast kat luar. Tapi tak la semestinya asal makan kat luar nak post semuanya. Ikut mood je la.. Saya minat breakfast kat toast house ni, coz banyak pilihan menu kegemaran saya dengan harga yang amat berbaloi. Ada seorang member yang sama class tutorial dengan saya bagitau yang laksa kat toast house ni sedap. Memang betul seperti yang dia bagitau kat saya, laksa kat sini memang sedap.
adik Qeisha breakfast with france cheese bread.

Kesukaan abang shane ialah France toast bread
Laksa sarawak  yang membuatkan saya terus jatuh cinta.... kesedapan laksa sarawak terletak pada sambal & kuahnya.
pic bawah tiada kaitan dengan post..
pic hari ahad lepas...shane duduk depan, mama & qeisha kat belakang..
oh ya, abang shane dah boleh duduk sendiri dan pandai pakai self belt sejak umurnya 3 tahun ++. Kalau setakat perjalanan tak sampai sejam dia boleh duduk diam with toy dia la.So tak yah susah2 pakai carseat lagi ya abang shane. Carseat mereka dua dah bagi cousin mereka dua pinjam dah.
Aksi adik Qeisha...self belt kat pinggang. Tapi kalau ada nenek ikut, of course duduk atas ribaan nenek je. Kalau mumy tak drive,kadang2 duduk atas ribaan mumy juga. ya la, qeisha kan adik..
ok all, bagi yang lom sarapan tu, sila sarapan ya..babaiiii

note : xmas menjelang tak lama lagi..tahun ni kami celebrate xmas kat kampung my husband

Thursday, December 15, 2011

I'm really worried about my exam results..

Final exam sem sept baru berakhir tadi...lega coz sem sept dah berakhir. Namun saya berasa risau dengan jawapan yang telah saya buat.Kertas hari ni, rasa macam yakin  saya jawab tadi. Tapi paper semalam seni dalam pendidikan, saya rasa memang tak yakin sangat. Tak idea betul menjawab soalan terutama soalan esei. Nak goreng pun tak de idea langsung. So saya keluar 1 jam awal dari dewan peperiksaan, coz tak tau nak tulis apa. Daripada saya merapu dan menyeksa diri memerah otak walau tak ada jawapannya, baik saya keluar kan. Saya berharap markah assignment dapat membantu untuk lulus subjek ini. Saya tidak sangka sangat topik muzik pula yang banyak keluar,saya lepas pandang nak buat revision topik tu. Pengajarannya, lain kali harus buat persediaan awal, betul tak?..
*Petang ini, nak keluar jalan-jalan dengan suami dan anak-anak bagi meredakan keresahan ini....
Saya berharap saya dapat lulus dengan baik nanti.amien..

Tuesday, December 13, 2011

Thank You to Nescafe Ais - Cara pasang fungsi Threaded Comment di Blogspot

Thanks so much to Nescafe Ais yang sangat baik hati membantu saya pasang Threaded comment kat blog saya ni. Blog beliau memang ada banyak tutorial ttg makeover blog, di samping beliau sendiri sedia membantu. Saya rasa ramai blogger dah tahu dan dah buat tutorial ni. Fungsi Threaded comment memudahkan untuk kita menjawab setiap komen yang telah diberikan pada sesebuah posting. Hanya klik pada Reply untuk membalas setiap komen tersebut dan komen yang di reply itu akan berada di bawah setiap komen yang diberikan oleh pembaca.  Pas ni, memang semangat tau saya nak reply comment. Kalau boleh semua nak reply, coz cmennt setiap posting bukan banyak pun. Saya mengaku bukan blogger tegar ya, ikut masa je buat bw. Untuk membina Threaded Comment pada bahagian komen blog anda seperti yang boleh di lihat pada bahagian komen blog ini. Sila singgah kat blog Nescafe Ais sini, biar lebih jelas ya dan u all akan jumpa lebih banyak tutorial, silalah pilih2 sendiri ya :)

Lalalala..happynya saya dah ada Threaded cmment ni tau...tu lah sebabnya nak sharing dengan u all pula. That's all... dan, doakan saya sukses dengan final exam sem sept yang bermula esok ya kawan2. Subjek esok ialah Seni dalam Pendidikan & English for written communication. Last paper hari khamis ialah subjek Masyarakat dan tamadun. Wish the best for me ya :)babaiii

Sunday, December 11, 2011

Indahnya ciptaan Tuhan....

Pic  by: Malaysia Lunar Eclipse

‎11.12 PM
Planetarium Negara
Kuala Lumpur
‎10 December 2011 Lunar Eclipse at Planetarium Negara Kuala Lumpur
Indah kan ciptaan Tuhan ni. Saya tak nak lepaskan peluang  menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula jam 7.34 petang tadi. Tadi kan bila on9 fb, tengok status rakan2 fb, masing2 tak nak lepaskan peluang menyaksikan gerhana bulan. Saya pun excited nak menyaksikan sendiri dengan mata kasar. Saya dengan mama saya & jiran2 dari kul 8.30pm borak2 keluar sambil2 menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Mengikut sumber yang saya baca di sini 
"Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Syoknya tadi, bila melihat bulan tu macam ada lingkaran berwarna biru.:)
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam

* Seronok juga menyaksikan gerhana bulan tadi ramai2 with jiran2. Rugi bagi mereka yang buat dont know jer kan, coz gerhana bulan ni bukan selalu. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu.

* Bagaimana gerhana bulan ni boleh terjadi ya???
-Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thursday, December 1, 2011

" Red & Black Nite "

Hai all, 1st December dah kan...tak terasa bulan Nov 2011 dah berlalu. Semoga kita semua baik2 saja ya.
Seperti yang dijanjikan, next entry saya ialah tentang Red & black nite pada Ahad lepas. Tak payah saya nak jelaskan panjang2..layan je gambar yang ada, barulah i ada idea nak tulis apa.heee
My little family bergaya with Red & black. Simple je, abang shane seluarnya lari dari tema, coz seluar hitam untuknya agak panjang.Tak pe janji baju tu merah menyala ya Shane. Mula2 saya plan qeisha & me pakai red dress, then tukar plan pakai dress over leggings je. Yalah lagi senang saya bergerak.My mum, memang sedia maklum t-shirt tetap menjadi pujaannya. Blouse yang saya pilih kena reject oleh nya.haha
motif sampingan : kami dua qeisha nak tayang2 skaf black colour yang sama tu.Fokus okeh!!!hihik
Pic atas : my mum with sepasang cucunya. Entah apa yang mereka bertiga gelakkan.
pic kiri : Qeisha merajuk nak ambil Chuggington toy abang shane, tapi shane tak bagi. Tak tau pulak qeisha berkenan dengan toy tu coz abang shane je yang minat sangat dengan chuggington tu. Tengok dvd chuggington berkali-kali tak reti boring.
Staf2 bsn yang anggun with Red & black . They r very beautiful!!!! i'm speechless okay.hehe
Selain berkaroake, macam2 games yg ada dalam aturcara masa tu. Antaranya ialah meniup belon, berebut kerusi kategori kanak2,pasangan serasi dan yang ada kayu berhalangan tu saya lupa nama game tu. 1 game yang lucu ialah makeup pasangan dengan menutup mata. Pasangan perempuan yang makeup pasangan lelaki dengan mata ditutup dengan kain hitam. Saya & hubby menyertai. Tersangatla lucu tau, segan i nak letak pic tu kat sini.haha.Tak kesah kan,apa yang penting harusss sporting rite.
Bila dah enjin dah panas, berlari sana sini. Tak reti duduk diam sepasang adik beradik ni. Tak larat nak terkejar-kejar, saya biarkan je mereka dua enjoy with kanak2 yang lain. Ada juga game untuk kanak2, 1 game iaitu mencari harta karun semua dapat hadiah termasuk shane & qeisha.
Banyak cabutan bertuah, hamper2 semuanya menarik. Yang di atas adalah antara yang bertuah.Mr hubby dapat juga hamper, walaupun bukan yang besar,tetap happy ya.Bertuah juga namanya.heee :)
Xtvt berkaroake..seperti tahun lepas juga, my husband tetap join & siap ada penari & suara latar dari hero & heroin dia tu. Qeisha tau lagu dady dia tu coz selalu dengar masa dadynya berkaroake kat rumah, cute sangat qeisha ikut nyanyi walaupun tak semua lirik dia hafal.
Pose cute..qeisha posing with hadiah lollipop dia.Lollipop pun merah juga.haiya! :)
Pic atas kanan : dua beradik yang sangat comel with red & black dress. Mak mereka dua la yang jadi queen of the nite masa tu. mereka memang sedondon dengan red & black colour.
Pic bawah  kiri : toy angry bird & chuggington milik shane & qeisha. Kalau boleh kan, semua toys mereka dua nak sama.aduhai anak2..ke mana-mana tetap bawa 1 toy.
Pic atas : king & queen of the nite.Sangat bergaya...bestnya dapat boucer & big hamper kan.congratulation ya.
Pic kiri bawah : acara kemuncak juga : yang teramat bertuah menerima hadiah lcd tv 32 ". staf dari bsn lawas kalau tak silap saya.
Pic kanan bawah : yang bertuah menerima hadiah dvd player.
Captured by me : gambar beramai-ramai staf zon miri iaitu mengabungkan staf dari lawas, limbang, marudi, bintulu dan miri. Silau mata i dengan warna merah menyala tu tau.hehe
Sebelum balik, posing2 kat deco xmas yang ada kat lobby mega hotel.

note : program family day mereka ni sangat menarik bagi saya coz dapat mengeratkan tali silaturrahim antara staf2. Harap2 1 day, aktiviti sebegini boleh dijalankan di tempat saya bertugas juga.
motif entry : juz 4 sweet memories..takde niat lain ya.ok tataaa :)

Wednesday, November 30, 2011

Family day part 2 @ megalane bowling

Sambungan cerita bsn family day...
Xtvt seterusnya bowling games @ bintang megamall ( 27/11/11 on sunday). Memang meriah sangat, semua yang menyertai sangat seronok.
Jom kita lihat karenah mereka bermain bowling..
pic atas : permulaan..sesi bergambar ramai2
Pic bawah kiri : peserta2 bersedia menunggu giliran
Pic bawah kanan : Shane memerhatikan dadynya main bowling
Aksi2 mereka, semuanya hebat2 belaka..specially kanak2 yang berbaju belang2 tu. Nasib la ada kategori kanak2, kalau tidak yang dewasa tu semuanya tewas kalau dilihat dari mata keseluruhannya. Memang hebat kan, tengok saja la cara dia bermain. Hubby saya bagitau dia & familynya memang berminat dan selalu bermain bowling kat sini pada hujung minggu. Best kan.
dady & Shane..shane2, sangat setia memberi semangat kepada si dady di samping menjadi mat kacau.hehe
Bila shane dah boring..macam2 karenahnya. Adik Qeisha tak ikut, dia belum bangun lagi masa kami bertiga turun dari rumah. Nak cepat, xtvt bermula kul 9.30 am.Breakfast pun kat luar je.Abang Shane memang bangun awal, coz jadual tidur dia dah berubah. Malam tidur awal, siang jarang tidur.
*si mama jadi penonton setia.Next time nak bawa mr hubby main bowling la..
Inilah wajah2 pemenang masa tu..ada 3 kategori. Kategori perempuan dewasa, lelaki dewasa dan kategori kanak2.Congrates 2 all of you.cayalah...!!!
* saya sangat tertarik dengan aktivit family day diaorang nie..

 note: next entry is black & red nite...tadaaaa

Tuesday, November 29, 2011

family day / xtvt bbq @ taman selera

hai everyone...
about the post : Sabtu lepas ialah  bsn family day / bbq kat taman selera. Kami joined mr hubby je. Xtvt dimulakan dengan bbq. Cuaca hari tersebut amat sporting, so xtvt bbq berjalan dengan lancar.
Tak ada idea nak bercerita panjang ni, so terus layan pic2 yang ada. Pic2 tersebut terpaksa saya edit pages coz kalau upload satu2 teramat la lambat..tak tau kenapa pulak, dulu ok jugak if saya upload satu2. Saya mulakan dengan pic shane & qeisha yang sangat seronok berlari-lari kat taman selera.
Pic atas : like this pic so much, sangat cute candid ni. Oh ya, abang shane & adik qeisha dah gunting rambut dah. Lega sangat2 mereka dua ok saja bila gunting rambut, siap dapat blow rambut tu lagi.syoknya saya :).
* Shane & qeisha suka sangat mengutip buah yang berwarna coklat yang banyak bertaburan atas rumput tu, tak tau buah apa lah..lol
*Saya & my mum sangat letih mengejar sepasang adik-beradik ni yang suka sangat berlari. Hairan saya, mereka dua macam tak reti letih. Asyik2 nak pergi playground, dah la lokasi tu agak jauh dari tempat bbq. Tapi shane degil nak pergi, mengalah juga saya then temankan mereka berdua bermain kat playground kat situ Yalah kan, peluang sebegini bukan selalu..saya biarkan mereka berlari-lari & bermain sepuas hati. Si nenek merungut-rungut keletihan mengejar qeisha.hehee, what 2 do si dady sibuk dengan bbq.sabar je la..
Siap bawa basikal lagi..hrmmm ni bukan idea saya ya. Ini idea ayah mereka dua. Saya memang sedia maklum tempat ni tak ada kawasan lapang yang bersimen. Memang la payah kan mengayuh basikal atas rumput walaupun kawasan lapang. Last2 mereka dua mengayuh basikal kat jalan kecil tempat berjalan kaki. sekejap je mereka dua layan basikal tu then naik fed up & teruskan xtvt berlari lagi.
pic atas kanan : shane & qeisha posing with mumy. Posing macam tu pun idea mumy juga. Saya bagitau ikut cam mumy, shane& qeisha ikut juga. :)
Shane & qeisha keletihan...minum air oren tak cukup 1 cup.Haus sangat & kelaparan.
Suasana masa tu..pic atas: posing with staf2 bsn yang ayu2 gitu.
pic bawah sebelah kiri : kaum adam sedang bz dengan xtvt bbq..:)
Chicken wings & beefs tu memang yummy!!!
pic bawah : sempat posing ya . Yang belakang tu setia menunggu chickens & beefs tu siap dipanggang.ahaks!
dan lagi....santai2..
ok dulu ya, next entry adalah sambungan family day juga iaitu main bowling & dinner

Thursday, November 24, 2011

menghadiri- wedding reception Mr & Ms ?????

holaaaa
Happy Thursday 2 u all. Dah dekat seminggu cuti sekolah kan, lagi sekali happy holiday kepada semua rakan2 yang sedang bercuti.
Oh ya, wedding reception siapa ni???saja je bagi title macam tu.suka2 bah. Pada malam 21/11/2011 lepas saya with hubby & qeisha menghadiri wedding reception rakan sekelas masa kat teacher trainning college dulu @ Eastwood Valley Golf & Country Club .Thanks 4 invited ya fren. Memang seronok sangat coz berpeluang jumpa rakan sekelas & bestfreind saya Rosica & family. Abang Shane tak join coz masa bersiap nak turun dia tertidur pula. Yalah, seharian tak tidur asyik main je, then keletihan sampai tertidur..tak sampai hati pula melihat dia dah tidur dengan lena, tak pasal meragam pula dia nanti masa majlis tu kan. So, tak dapat la abang shane join, nasib baik neneknya belum balik kampung temankan dia. Tak apa la ya, 27hb ni ada BSN nite kat mega hotel..semua ikut serta nanti termasuk nenek shane & qeisha.Ok...jom layan gambar2 semasa majlis tu.
About pic: sebelah kanan saya tu my best freind kat teacher trainning college dulu, dari sem 1-sem akhir. Bila dapat  bertemu memang kecoh ya.
Pic2 candid pengantin, Nicholas & Valery. Sangat sepadan, macam pinang dibelah dua.
Like her dress so much. She looked absolutely fabulous & elegant in her dress rite?
Wishing you all the love and happiness and congrates on your marriage.
pic atas : pengantin sedang memotong kek perkahwinan. suka tengok hiasan yang sangat elegant tu..
pic bawah : bergambar dengan pengantin
Aksi Qeisha semasa majlis makan2. Pic atas : angry birds tak nak tinggal, saya suruh tinggal kat kereta menangis pula.Then, bawa je la.
Pic bawah : sayur brokoli dia makan macam lollipop pula. memacam...it's okay kan, janji dia happy.
Pic atas: Qeisha with mumy & dady.
Pic bawah : Sebelum balik, ambik kesempatan pula posing bersama kereta pengantin.hehe..jangan marah ya nic & val
Pic atas : Qeisha & lola @ jeep  kat Eastwood Valley Golf & Country Club .eh, betul ke jeep.entahlah i pun  tak pasti.
Lokasi perkahwinan tu : Eastwood Valley Golf & Country Club .Pic pinjam kat mr google je

note : Tak sempat nak shopping dress untuk dinner ni, so kami dua Qeisha pakai je dress yang ada. 4 bsn nite Ahad ni tema ialah black & red...maybe esok nak mula cari.
* Awal bulan Dis plan nak balik kampung. Ye la masa tu musim durian & rambutan kat kampung. Tak sabar rasanya nak balik kampung.

Friday, November 18, 2011

angry birds & lovely birds

Hai semuanya...
Esok dah mula cuti sekolah..yeay!!!so, takde lagi bz bee. Kepada semua yang bercuti, happy holiday 2 u all, jaga diri baik2.
no idea betul la saya nak menulis post ni. Blog pun makin jarang berupdate.
about the post : baju angry birds & lovely birds milik shane & qeisha yg sangat cute. Saja je tayang2 baju ni, bukan nak jual ya. Budak2 sekarang kan, minat sangat dengan kartun angry birds.Tapi qeisha saya lebih suka lovebirds tu.
bila takde idea, letak je pic dua orang budak ni jer.heee, malasnya tuan blog ni kan.takpe, ada masa dia rajin nanti,heee :)

Tuesday, November 8, 2011

Miss World 2011: Miss Venezula, Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, has taken the coveted title..

Miss World 2011: Miss Venezula, Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, has taken the coveted title

-Miss Venezuela, Ivian Lunasol Sarcos Colmenares, beat contestants from 113 countries to the coveted title after impressing the judges in the categories of beach beauty, top model, talent, sports, and beauty with a purpose - where the contestants must demonstrate involvement in a charity project.
Delight: Miss Venezuela reacts with disbelief after being told she has taken the title... 
Ivian was all smiles as she presented to the judges earlier in the evening, and had shown surprise when she was put through to the final seven - perhaps having no inkling she would later be crowned the winner..

news & pics i pinjam kat..klik link di bawah ya :)

note: Morning all.. menyempat juga saya buat post awal pagi, sambil2 buat assignment, godaan nak baca news tentang miss world 2011 tu amat kuat..hehe.ok, have a nice day 2 u all..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers