Wednesday, March 31, 2010

Ketahui Perbezaan Minyak Zaitun

Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).



Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tinggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.


Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.


Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.

sumber:saji online

Monday, March 29, 2010

To camp out at Bungai Beach


Hai all..hari ini awal-awal lagi kami 1 family pergi ke Bungai Beach kat area Bekenu. Hasrat kami ialah nak berkhemah and enjoy at the beach with family. Time berkemas awal pagi tadi shane n qeisha memang dah excited sangat. Syukur sangat2 kerana cuaca amat sporting hari ini. Kebiasaan weekend kami selalu pergi kat beach2 yang ada di miri seperti Luak Esplanade,Taman Selera n Lutong. So hari ini buat kelainan sikit nak to camp out at the Bungai beach..kira2  1 jam dari bandar Miri.Jeng..jeng..jeng...
Memang seronok sangat la main dengan anak2 tersayang.Syok sangat la Shane n Qeisha main sama-sama.Kami datang awal..so tak ramai sangat orang.Ada juga family yang BBQ.Bes juga..santai gitu
Haaa baju biru tu mama saya tersayang...dia ni tak berapa suka bergambar..jauh sangat dia jalan2 menyusuri pantai tadi.Jangan tertanya-tanya mana si ayah saya???Ayah saya lama dah meninggal kena serangan strok tahun 1993.(Isk2 sedih la pulak..bukannya apa..kalau la ayah saya masih ada..kan best dia ada ikut kami tadi.Bemain dengan cucu2nya yang comel...saya redha..Tuhan lebih menyayanginya)

Seronok sangat Shane tengok khemah ni.Always said"Best!!!!" siap tunjukkan ibu jarinya
Ehemmm..siapa tu????Itu la mama Shane n Qeisha yang suka sangat posing tak puas2.Tak kisah orang suka ke tidak .Yang penting HAPPY..hehehe.betul tak???
Haaaa ini la anak bujang saya yang selalu kata dia hensem.(sshhh sama macam dady dia la tu)
HAHAHAHA Shane buli dady nya tarik toodler car.Seronok sangat la shane terjerit-jerit panggil saya suruh tengok.Tengok tu topi entah kat mana dia buang.
HAIYAAA..ini amoi arr tidak tahu takut itu panas.Tidak suka pakai topi.Puas saya kutip topi yang dia buang.Dahla kotor kena pasir..ayoyoyo.Ermm..baju qeisha tu uncle martin(satu-satunya adik saya) dia beli kat singapore hari tu.Uncle martin nak ikut tadi tapi ada belajar drive.
Time ni belum panas lagi..memang seronok bersantai kat depan khemah sambil melihat ombak.Deruan ombak menenangkan jiwa.Itu dia!!!!
Habis apa yang saya buat dipijak-pijak oleh Shane.Hasilnya tak ada apa2 yang boleh dibuat.Baru siap satu pijak,buat satu pijak lagi.Last2 saya malas buat lagi.Qeisha mengantuk dah tu..
Qeisha bersantai with dady..sempat juga si dady ni melelapkan mata tadi.Kat pantai pun boleh layan tidur..
Leka melihat ombak yang kuat. Kuat juga ombak tadi..itu la tak jadi mandi-manda tadi..



LUV 4EVER..kau dan aku selamanya...semoga rumah tangga kami kekal bahagia selama-lamanya.Amien.Agak banyak juga saya upload gambar..takpe untuk kenangan saya sendiri n family.


***So, 1 day sesiapa yang berminat tu boleh la datang kat pantai ni.Ada juga challet di sini..best jugak la betul2 berdepan dengan pantai challet/room stay kot..
Tandas awam pun ok juga ada shower..
ok...salam sayang semua...

Thursday, March 25, 2010

Myprincess Qeisha

Wachaaa!!!! Hi everyone...
Inilah pose2 terkini saleisha qeisha.Makin pandai posing dah..

Serius jugak muka qeisha kat pic ni. Sometime, mahal gak senyuman anak dara saya ni. Tahi lalat atas bibirnya menjadi pemanis.(chewah)

HI..5!!!!!!

   
Qeisha ni memang suka panjat memanjat..kat pic ni ok juga ada beri senyuman. Lagi comel la sayang mama senyum tunjuk gigi yang putih tu.

      
Cantik tak gigi qeisha?????

          
HUHUHUHU...CAM NI LA MUKA QEISHA MENANGIS.NYARING SANGAT SUARANYA KALAU MENANGIS..TON E GITU

Anak manja dady..balik dari keja ni..belum sempat masuk umah..nak pose ngan qeisha dulu la pulak.



Ni pic shopping kat mall hari Ahad hari tu..21/03/10..bes jugak ada sale.

Wadeh..qeisha sendiri yang letak pooh tu kat kening dia.Pooh tu hadiah hari guru daripada student saya last year.

**sekarang ni qeisha dah 1 year 7 months..

Monday, March 22, 2010

Khasiat ubi kentang

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.



Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.


*info makanan lagi..nextime saya share label yg lain pulak ya
sumber:Saji Online

Saturday, March 20, 2010

Rahsia Telur

Jika tidak ada ikan, ayam atau daging, telur sering menjadi 'penyelamat'. Nasi berlaukkan telur selalunya menjadi antara pilihan terakhir, tetapi sedap juga dijamah, terutama apabila perut lapar.



Bagaimanapun, jika kreatif lauk telur mampu membangkitkan selera. Contohnya, sambal telur, masak lemak atau kari, didadar bersama sayur atau dimasak dengan taucu pun boleh. Jika diguna untuk masak kuih, bertambah sedaplah hidangan.


Sungguhpun begitu, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai benda bujur yang mudah pecah ini. Mungkin tidak ramai yang tahu, sesedap rasa dan selicin kulitnya, telur juga ada risikonya.


*Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolesterol.



*Kulit telur berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam.


*Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Jadi kita boleh menjalankan ujian ringkas untuk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama. Caranya, rendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.


*Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah, dan jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.


*Jika merebus jangan masukkan telur di dalam air yang masih sejuk kemudian merebusnya. Tetapi biarkan air mendidih terlebih dahulu, kemudian masukkan telur perlahan-lahan, dan rebus selama 10 hingga 12 minit.


*Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar.


*Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk.


*Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria. Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor.


*Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang boleh dibawa melalui telurnya.


*Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada makan telur mentah atau separuh masak.


* takde idea sebenarnya nak share kat blog ni. Asyik info makanan je. Bukannya apa, suka sangat makan la tu.hehehe


sumber :SajiOnline.com.my

Friday, March 19, 2010

Kolestrol pada udang tidak merbahaya

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?


Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.


Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.


Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.


Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.




LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.


** so, jangan takut makan udang lagi ya
sumber:SajiOnline.com.my

Thursday, March 18, 2010

Private Number Calling!!!

Haaa be careful if korang dapat pangilan 'private number calling or yg ada +6......????.'
Saya baru je dapat calling dari private number.Tengah saya sibuk singgah kat blog2 n mencari rakan2 blog, phone berbunyi. Saya ingatkan husband atau adik yang call. Rupa-rupanya private number. Apalagi saya, bersedia untuk berhati-hati daripada ditipu. Saya jawab juga coz nak tau PENIPUAN apa pula ya???


Me : Halo! (dengan nada yang tegas! chewah nak kasi dia takut ckit nak tipu)
PENIPU BESAR : HELLO..(dengan pelat cina) BETUL NUMBER INI 019....(dia sebut la no phone saya)
Me : Ya betul kenapa???!!!! (dalam hati saya berkata "eksen2 la tu nak mulakan penipuan")
PENIPU BESAR : SAYA CALL DARI MENARA CELCOM KL NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADE CIK SEKELUARGE KELANA SIMCARD CIK TERPILIH MEMENANGI WANG TUNAI RM7000..
**Belum habis lagi dia terangkan saya terus menyampuk!
Me: Haa macamana saya boleh dapat hadiah sedangkan saya tak pernah ikut mana2 peraduan? (saya masih nak tau technics penipu tu sebenarnya)
PENIPU BESAR: MACAM NI CIK..SIMCARD CELCOM CIK TERPILIH..
*malas nak layan dia saya terus potong cakap dia..jahat juga saya ni
Me: Kalau betul saya dapat hadiah, hantarlah cek ke alamat saya ke?hantar surat ke.Ni pakai private number mesti menipu kan?
PENIPU BESAR : (agak marah juga suara dia coz saya tak bagi peluang dia menipu) TIDAK...KAN BANYAK KES PENIPUAN DI NEGALA KITA ITULAH SEBABNYE KAMI CALL MENGGUNAKAN INTERNET. TAK BOLEH GUNA CEK..CIK ADA TAK KAD MAYBANK???
CIK PEGI SAJA KE ATM KAD N TOUCH SAJA SKRIN KAT ATM TU..
*OOOOO... nampak sangat kan dia menipu.
Me: Okla..malas saya nak dengar penipuan seterusnya.Terima kasih atas penipuan kamu ini..baguslah dah tempah tiket masuk neraka. (Berani juga saya ye..kat telefon berani la..kalau depan mata lagi bagus saya cabut!!!!)
PENIPU BESAR: (dengan nada marah) OK LAH CIK TOLAK HADIAH TAK APE,KAMI TAK PAKSA..
*then saya end call..menyesal juga layan kejap, buat saya marah je..eh takpe juga biar dia tau tak semua orang boleh ditipu!


Banyak sangat kes penipuan yang dah saya dengar dan baca..
p/s Jangan sesekali mudah terpedaya dan tertipu gara-gara kita nak wang yang banyak.
INGATLAH MANA ADA ORANG NAK BAGI KITA DUIT MACAM TU JE...DALAM JUMLAH YANG BANYAK LAGI TU.'Lu fikir la sendiri..'kata Nabil
* Ingatkan u all ingatkan saya sendiri juga*

Wednesday, March 17, 2010

Istimewanya epal hijau

Hi all..saya ni memang suka membaca tentang info makanan. Bukannya apa bila saya tau khasiat dan kebaikannya saya semangat nak makan walaupun tak berapa suka. Tapi epal hijau ni saya rasa ramai yang suka makan. Saya pun suka...
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.



Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


p/s lepas ni amalkanlah makan epal hijau sebiji sehari ya..
sumber:sajionline.com.my

Tuesday, March 16, 2010

Khasiat peria

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.



Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.


Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.


Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.


Tip mengenai peria:


• Pilih peria yang belum masak dan masih keras


• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.


• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.


• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.


• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.


• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.


• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.


p/s saya pun tak suka sangat makan peria sebab pahit. Sikit2 boleh la.Tapi mesti goreng + ikan bilis +telur. U all pula camana????


sumber:sajiOnline.com.my

Monday, March 15, 2010

Car wash

Dady cuci keta, shane pun menyibuk. Bukannya tolong sangat tu, tolong kotorkan lagi ada la. Boleh2 hantar kereta kat sini,shane n dady cuci..1 keta rm12.Hehehe

Pic ni mumy yang captured..pose memang no 1..siap pegang span lagi.Eksen rajin sangat la tu.Nanti dah besar dah pandai cuci, jangan la malas pulak ya shane.
Huhuhu...shane tak habis lagi ya...dah cuci keta,cuci kerusi yang ada kat luar pulak..habis la basah kerusi2 tu..
Tak habis lagi???? cuci botol car shampoo pun jadi...sebenarnya masih nak main bubbles tu.Pandainya anak bujang ni ambil kesempatan ya
* Begitulah anak-anak..dah pandai menolong nanti, jangan2 liat la pulak kalau disuruh.Bermacam-macam alasan mungkin...: )

shopping

Saya memang kaki window shopping..sekali sekala shopping berdua dengan husband je. Pic2 yg kat bawah ni time shopping with anak2...makan2 lah yang paling penting


KFC idaman shane selalu..salad adalah favourite shane.Qeisha tak ikut time ni..dia tidur. so tinggal with nenek kat umah je..
oh ya..tak tersusun rupanya pic2 ini saya upload..ni pula shopping time cuti CNY kat imperiall mall. Ingatkan nak bawa shane n qeisha main2 kat belakang tu. But, dua2 dah tidur dengan lenanya. Letih bangat mungkin...
Qeisha time shopping kat emart beli keperluan harian..Haaa memang kat trolly la tempat qeisha.Kalau tak ada la bermacam barang yang disimpannya kat trolly.Haa, ni memang kaki shopping nanti.Takpe sha, temankan mummy k..
Saya berlari terkedek-kedek kejar shane yang berlari-lari dengan belon digi nya. Buat cam taman ya shane...dah la berlari terjerit-jerit shane ya
Sementara tunggu saya pilih memilih..shane n dady tunggu kat section ni. Syok la shane ambik kesempatan bermain-main. Peduli la ngan sales girl kan shane. hahahaha
Seronok sangat la makan tu..tak peduli yang lain dah.Toy tetap menemani..muka mumy takde???mumy ambik gmbr la...




P/S Budak-budak kan kalau ikut shopping..jangan harap dapat pilih lama2..betul tak???


Tu la saya kadang2 tinggalkan shane n qeisha with nenek kat umah..




Sunday, March 14, 2010

sandwic traffic light



Ops..merah tanda berhenti. Ajar anak anda keselamatan jalan raya melalui makanan. Jadi anda bolehgunakan rekaan lampu isyarat untuk menyediakan sandwic ini.Esok boleh buat ya...sangat simple dan mengenyangkan..masa menyediakan: juz 5 minutes




1. Potong roti sandwic berbentuk segi empat sama dan buatkan 3 lubang padanya.


2. Hiris tomato bulat2 dan letakkan pada lubang yang ada pada roti.


3. Terapkan bentuk bulat pada cheese dan letakkan juga pada roti.


4. Hiris zuzhini (timun jepun) bulat2 dan buat perkara yang sama seperti tomato.




Then..sedia untuk dimakan...


senang je kan...






Friday, March 12, 2010

pose manja

Hiiii everyone...saja je saya add pic2 shane ni. Saya suka pic2 ni sebenarnya. Best juga..shane sekarang ni makin pandai pose n minat sangat bergambar.

Yeaaa pic dia ni control handsome n tunjuk2 aeroplane kertas dia tu. Habis la majalah pa & ma saya yang dulu2 shane suruh buat aeroplane. Neneknya la yang jadi mangsa buat aeroplane kertas..adik qeisha tak boleh pegang n ganggu..kalau tak kena marah la qeisha..dia jerit kuat2, menangis la qeisha. Dah la qeisha ni memang cungek..dengar suara yang kuat pun dia nangis. Dia tak suka dengar orang menjerit..
Pose manja shane..eksen2 dia tengok ke lain coz dia pernah tengok saya eksen2 tengok lain time dady dia captured gambar saya.aduhai...
Naaaa tengok shane ni..menyibuk time mumy n dady berkaroake..nasib ada mic yang tak mahal ni untuk dia main2.Macam2 la lirik lagu shane yang keluar.Entah apa-apa2..hehehe
Ok all...

mirror,mirror,mirror

Ratu cermin juga anak dara saya ni.Macam mumynya: )...Macam-macam la mimik muka dia buat time tengok cermin..
Ni la pic2 qeisha berdepan ngan cermin. Senyum, ketawa, menari, menyanyi dan bercakap sambil melihat diri sendiri kat cermin. Geli hati juga saya melihat qeisha ni. Shane said.."Eeee qeisha tokkk".Saya pangil qeisha coz nak ambik gambar..dia tengok saya dari cermin je.alahai saleisha qeisha
Haaa..tengok yang ni pula..kiss diri sendiri pulak.Macam-macam aksi anak-anak yang mencuit hati. Tu la saya upload kat blog ni..nanti dah desar dia tengok sendiri kat sini.
That's all
mumy owes love shane n qeisha
anak korang camane????specially yg pompuan..suka tak tengok cermin???


Wednesday, March 10, 2010

sing a song

Haaa..tengok tu,nak tau apa kami anak beranak buat tu. Sedang berpusing pusing ikut video clip lagu favourite Qeisha 'sing a song'(kids song). Macam budak2 la saya..tak apa la janji my kids happy.
Dady shane apa lagi ketawa terkekeh-kekeh tengok saya ikut berpusing-pusing. Saya pun suruh dia captured pic ni la.
Shane n qeisha tau nyanyi lagu ini coz nenek mereka dua selalu mainkan lagu ini time buat kerja di rumah. Tapi memang nice song la, saya rasa semua budak2 suka..
'sing sing sing a song
sha la la la la la la(qeisha tau sampai ni saja..lepas tu dia buat lyric sendiri..hihihi)
sing a song you'll be fine
sing a song you won't feel sad
sha la la la la la la 2x
sing a song you won't fell sad
sing a song you'll be glad
itu la shane n qeisha..jangan harap nak tengok channel lain la kalau mereka dua tak tidur..
asyik kartun je...tapi selalu juga saya bagi mereka dua tengok cd 'kiddy network, my little star n education cd. Kadang saya pinjam kat sekolah. Bukannya apa, mereka lebih seronok belajar melalui cd @ dvd.
How about u all???? plz share with me ok.
okk..all da best 2 u all..


Tuesday, March 9, 2010

shane bath2 n brush da teeths


Wachaaa!!!!!!!!!! camni la gelagat anak bujang kesayangan saya time mandi. Dah pandai berus gigi,dah pandai rinse the mouth also. So clever..
See....dah pandai pose dah. Mummy says "shane...1,2,3 smile".Shane pun berhenti brush the teeths and smile to camera. Very sporting ya


This is the way shane brush the teeth...
Semangat shane berus gigi coz berus giginya ada car..

Shane ni minat sangat dengan car. Kalau tengok vcd 'the moving on'-transports
shane akan duduk cam anak yang baik. Semua dah dihafal nya nama-nama transport kat vcd ni.

chakkkk!!!! ini la toothpaste,toothbrushes,conditioning shampoo n baby bath shane n qeisha.

Sengaja saya beli yang kecik je...coz shane n qeisha suka main bubbles dengan baby bath.



p/s bukan show2 le..saja je untuk suka2 n saya suka pic2 ini.
kalau anak saya dah pandai baca nanti
mereka baca la blog tentang
mereka ni. ; )

peace!!!!!!! to u all...













Sunday, March 7, 2010

qeisha bath bath

qeisha 1 year 6 months.bath bath time...sorry qeisha mumy upload sexy pic ni. Takpe le lum akil baligh la kan. hehehe.
Mumy suka pic ni. Qeisha dh pandai sebut bath..bath..ka. Suaranya halus..tapi bila jerit,,,aduhai nyaringnya. Time mandikan qeisha mesti nyanyi2. Favourite song qeisha ialah abc,baa baa black sheep,skip2 to my lue. Seronok la qeisha mandi kalau ada nyanyi2. Lagi...suka sangat masuk dalam baldi besar..
qeisha belum pandai brush the teeth sendiri..takpe le sayang.mumy la tlg qeisha bersihkan gigi..Sekarang ni qeisha tak tembam mcm baby dulu..mbe aktif sangat.tak pe, yg penting sihat.

shane 1 year 2 months

1 year 6 months. Shane seronok sangat kalau pergi taman. Inilah kesempatan untuk berlari lari.Letih la nenek dia kejar sana sini. Aktif sangat shane ni. Ye la kat umah tak dapat berlari laju-laju kan shane. Mumy tulis sikit je la ya untuk pic ni..

Qeisha 6 months

Pic Qeisha 6 bulan. Mumy sangat suka pic ni..tu la mumy upload di blog ini. Comel sangat qeisha kat pic ni (takpe puji ak sendiri ye). Baru nak keluar gigi Qeisha time ini. Qeisha ok jer.. tak keluar banyak air liur macam shane time tumbuh gigi..demam pun ok juga,maybe saya bagi dia gripe water 2 kali sehari.

Di samping itu saya juga bagi qeisha:
  • Appeton syrup
  • raisin (bagus untuk kekuatan minda)
  • honey
  • Milna rusk
  • bijirin nestle bermacam flavour
  • porridge + vegetables +meat / chicken
  • ikan salmon n ikan cod
  • biscuits (tiger,jacobs)
  • -Qeisha masih lagi breast feeding time ni n campur ngan susu formula Dumex (dupro)
*Buah-buahan yang saya selalu bagi Qeisha time ni pula:
  • grapes,banana,sunkist,watermelon

Saturday, March 6, 2010

shane 6 months

Shane 6 months..baru tumbuh gigi. Asyik keluar air liur. Itulah sebabnya selalu mumy pakaikan bib je. kalau tak....habis la baju shane basah. Tengok dagu shane tu..
Time ni masih lagi menyewa kat ocean park coz umah yang dibeli belum siap lagi. best juga kat sini dekat mama turun keja.5 minit je dah sampai sekolah dah...dapat bangun lambat lagi



Monday, March 1, 2010

Menyegarkan kulit wajah

Menyegarkan kulit wajah
BAHAN-BAHAN:Epal hijauAir batu
CARA-CARA:1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit
.



Amalkan selalu ya..manjakanlah diri anda..
sumber: sajionline v2 Resipi berinformasi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers